Thursday 30 May 2013

kita berhak membuat dan menilai pilihan

setiap manusia berhak untuk membuat pilihan..
pilihan ke arah kebaikan atau kemudaratan..
nak pilih masuk University dah 8 pilihan..
nak pilih apa nak makan malam ni..
nak pilih bila nak beli baju raya..
nak pilih kerja A atau B..
hari ni nak pakai tudung apa?

semua perkara memerlukan keputusan dari diri sendiri..
yang membezakan kita dengan orang lain ialah penilaian.
kita memilih atas dasar apa?
kita memilih menurut petunjuk siapa?

minggu ini beberapa sahabat terdekat meluahkan apa yang terbuku dihati..
memerlukan satu keputusan yang pasti..
mengharapkan kebaikan seperti yang di impi..
dan aku..
sebagai insan biasa,, setia terus mendengar luahan demi luahan..
namun.. yang pasti..
kita tidak boleh memikirkan sesuatu yang tidak pasti.. tapi..
minta pada Allah yang Maha Pasti.. Penentu segala perkara dalam dunia ini..
bila i'tikod dan akidah dah di refresh. insyaAllah akan wujud jalan keluar bagi masalah ini..

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 153 :
mafhumnya : "Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan dengan bersabar dan mengerjakan solat. kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang bersabar"

hanya dua perkara yang Allah beritahu dalam ayat-ayat cintaNya.
pertama bersabar dan kedua solat..

sabar bukan bererti menyerah tanpa usaha dan sabar juga bukan bererti perjuangan tanpa hasil. Sabar adalah taman kesejukan antara usaha yang maksima dan tawakkal sepenuhnya kepada Allah..Dengan sabar, akan timbulnya keyakinan yang kuat kepada janji Allah. Allah tidak mungkir janji. Dengan sabar juga lah..hati kita akan optimis..berfikiran terbuka.. bahawa Allah akan segera menerima niat dan keiginan tulus seorang hamba.
Apakah akan jadi sekiranya hati kita dipenuhi dengan mengharap sambil memaksa terhadap kehendak Allah.
Tenaga akan habis. dan niat suci kita akan hancur berkecai berterbangan dan wujudlah prasangka buruk terhadap Allah.. Astagfirullahalazim..

jadi sahabat ..
sebelum membuat keputusan.. fikirkan kebaikan dan kemudoratan..sebenarnya jawapan ada pada diri kita sendiri..
kita tahu apa yang islam gariskan.. apa yang syariat benarkan..apa yang adat manusia akan pandang..fikirkan.

teringat kata seorang sahabat..
istikoroh dan istisyaroh itu tidak rugi..
kenapa?sebab..apabila kita dan istikoroh ini ada banyak perkara yang tersembunyi..
di sini..akan lahir sebuah keyakinan yang tinggi kepada Allah..
di sini,akan menzahirkan sebuah ketenangan yang tidak mampu diberi oleh manusia hanya daripada Allah..
di sini..akan memupuk semangat dan usaha untuk mendapatkan keputusan yang terbaik di sisi Allah..
di sisni juga kita tidak akan menyesal dan merungut dengan apa yang berlaku sesudah itu..keyakinan itu akan merapuhkan seribu keraguan.. :)

sahabat.. lihatlah sesuatu itu daripada pelbagai sudut..
jika keputusan yang dibuat kerana nafsu..nanti engkau akan lesu..dan jemu
jika dibuat kerana ammarah engkau akan kecewa..dan malu..
jika keputusan dibuat kerana ilmu..nanti engkau akan tahu dan keputusan mu akan teguh

teruskan membuat pilihan..
kita memilih untuk membuat sesuatu perkara berlandaskan dua perkara,,
1)Al-quran
2)Sunnah..

jika engkau memilih kerana dua perkara ini kita tidak akan sesat selamanya,,insyaAllah..
rujuk Al-quran..semua perkara,,semua hal semua benda ada dalam Al-quran..dan hadis dan sunnah Nabi sebagai penerangnya..

p/s : saya dan kita ada buku manual yang sangat bernilai..Al-quran dan sunah..usah resah. usah gelisah..
        Allah kan ada.. jika engkau membacan keduanya.engkau akan menjumpai sesuatu.. teruskan ...




serabut? jom kaji surat cinta Allah dalam surah Taha...

ketika hati dan perasaan berkecamuk.. bercampur baur.. examm! banyak lagi x study.. dahlah tengah mamnu'  so memang x tenang..tiba2 atas rasa cinta dan kasih sayang Allah.. walaupun diri ini telah lama bercuti.. Allah ilhamkan dan aungerahkan satu ketenangan yang sangat menenangkan.. tadi buka satu laman web.. buka ja dengar ayat Al-quran surah taha,, Allah hati hamba ingin menangis..sangat2 tenang... siapa2 yang tengah serabut dengan pekerjaan harian. buka mp3, atau hp. atau laptop atau pasang kaset.. dengar ayat Al-quran.. perasaan dan rasa tenang ini tidak mampu untuk diterjemahkan dalam bentuk ungkapan.. kena cuba dulu..diri sendiri kena cuba.. insyaAllah insan yang Allah pilih akan tenang.. syukran ya Allah..

sekarang tengah berkumandang surah taha.. antara gambaran dan isi kandungan surah Taha ialah..
surah ini menggambarkan ada satu naungan yang khas. naungan yang Maha Tinggi yang menundukkan hati, menjinakkan hati sehingga menjadi khusyuk, memberikan ketenangan kepada jiwa-jiwa dan menjadi pedoman , semua makhluk akan menghala kepada Allah..

Naungan tersebut ialah naungan ar-Rahman seperti dalam peristiwa yang berlaku kepada Nabi Musa as di perlembahan al-wadi alMuqaddisi. Dalam munajat baginda yang panjang berseorangan diri dalam kegelapan malam, naungan itulah yang memayungi dan menjaga manusia serta mengawasi mereka.

Ayat kedua dalam surah Taha ini seolah-olah sedang memujuk-mujuk hati Nabi SAW. Usahlah rasa gentar dan susah. Usahlah rasa terbeban. Al-quran yang dibaca kerana memang sifat Al-quran amat mudah. 

-tidak ada satu taklifan yang diwajibkan ataupun perbuatan yang dihalang dari melakukan melanggari batas-batas kemampuan manusia. semua manusia mampu melakukannya.
-tiada satu pun yang ditaklifkan kecuali semuanya berada dalam lingkungan kemampuan manusia.
-tiada satu pun yang diwajibkan melainkan sesuatu yang mampu dikerjakan.

Al-quran ini menjadi peringatan kepada mereka yang takut-gerun. mereka ini apabila diberikan peringatan akan kembali tersedar. bertambah kegerunan Rabnya dan terus menerus dalam keadaan bertaubat. Jadi jelas, ayat ini menunjukkan bahawa tugas Nabi dan Rasul ataupun Daie ialah menyampaikan. Bukan tugas mereka untuk membuka hati-hati manusia tetapi itu adalah urusan Allah dan kepada-Nya diserahkan urusan tersebut.

p/s pesanan kakak ana, salah satu cara untuk cari ketenangan ialah pandang kalimah Allah.. pandang sedalam yang mungkin.. insyaAllah dapat ketenangan.. selamat mencuba..dan amalkan serta sebarkan.. :)


Tuesday 28 May 2013

unit baitul muslim(UBM)


FLOW UBM

1.Tanya status dan kesediaan min/mat
~ Rujuk borang
~ Tanya secara terus

2.Sekiranya:
~ Status: single
~ Kesediaan: Bersedia untuk bertaaruf
(Wakil UBM akan minta faktor penolak daripada min/mat yang ditanya.)

3.Sekiranya pihak yang bertanya tidak bermasalah (tidak menepati faktor-faktor penolak yang disebutkan oleh calon yang bertanya), proses pertukaran maklumat antara min dan mat akan dijalankan melalui:
~ Mesej
~ Perjumpaan dengan wakil UBM

4.Berdasarkan pertukaran maklumat yang diberikan, sekiranya tiada masalah:
~ Nama pihak yang bertanya akan diberitahu
~ Taaruf akan dijalankan selepas itu, bergantung kepada kesediaan kedua-dua belah pihak

# Ini hanya sekadar flow ringkas.

PROSES TAARUF

Muqaddimah
Syariah mengajarkan kepada kita bahawa apapun tindakan yang kita ambil dalam kehidupan tidak boleh disertai dengan keraguan, apalagi dalam masalah pernikahan. Ibadah yang disebut sebagai 'nishfuddin' oleh Nabi Saw ini sudah tentu setaraf dengan gelaran yang diberi. Sifatnya yang merangkumi separuh kehidupan bagi individu muslim tentulah harus disertai dengan keredhaan menerima pasangan, kemantapan hati untuk bersama, dan perasaan berlapang dada di antara pasangan.

Meskipun agama tidak membenarkan 'couple' sebagai muqaddimah kepada perkahwinan, namun ia sama sekali tidak melarang untuk mengenal pasangan, sebagai satu wasilah
untuk memantapkan hati.

Kefahaman Terhadap Proses Taaruf
>Taaruf bukanlah semestinya berkahwin. Ia adalah salah satu proses untuk memilih pasangan.
>Taaruf menjelang perkahwinan sangat penting kerana kita tidak diajar membeli 'petai' di pasar. Kita harus yakin bahawa 'si dia' yang kita terima sebagai calon teman hidup
sepanjang hayat adalah seseorang yang kita kenal dari beberapa sisi-sisi prinsip yang dibenarkan.
>Taaruf adalah jambatan yang mendekatkan jarak penglihatan (penilaian) di antara dua belah pihak. Sisi mana yang sesuai dan tidak di antara kita dan dia.
Sabda Nabi saw:
"Apabila seseorang dari kamu meminang seorang wanita maka tidak ada dosa atasnya untuk melihatnya, jika melihatnya itu untuk meminang, meskipun wanita itu tidak mengetahuinya."
(HR Ahmad)
>Taaruf juga menyempitkan peluang penyesalan setelah bernikah.
>Semua itu diharapkan agar penerimaan kita terhadap pasangan bukanlah dengan andaian semata-mata. Perlu diingat syariat tidak tertegak di atas dasar andaian. Nas syariat adalah nas yang pasti, tidak didasari pada selera atau pilihan seseorang.
>Taaruf bukanlah medan untuk mengetahui semua benda.
>Kegagalan dalam taaruf tidaklah bererti kegagalan kita dalam kehidupan atau menandakan kita tidak laku, sebaliknya itu adalah tapisan dari Allah untuk kita. Berprasangka baiklah pada Allah. Cuba bayangkan apa akan jadi sekiranya ketidaksuaian itu dikesan selepas berkahwin. Firman Allah:
...boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak.[al-Baqarah:216]

Bagaimana Taaruf Dilaksanakan
Untuk taaruf, akan ada sekurang-kurangnya seorang penasihat yang mengendalikan,. P.I.C akan terangkan berkenaan dengan UBM sebagai muqaddimah.

Kaedah perlaksanaan taaruf yang biasa dijalankan:

1. Pengenalan diri: Biodata ringkas, adik-beradik, ibu-bapa, akademik, taklifan semasa.

2. Soal-jawab di antara dua belah pihak.                                                                          
Jenis soalan yang kebiasaannya ditanya:
(1) Ciri-ciri muslimin/mat pilihan
(2) Pesanan mak dan ayah
(3) Perancangan ke arah perkahwinan; sebelum, semasa, selepas
(4) Harapan

3.Penetapan tarikh untuk memberi keputusan. Keputusan sama ada setuju untuk ikat ataupun tidak. Penetapan tarikh ini perlu dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Kebiasaannya dicadangkan sebulan daripada tarikh taaruf.

Realiti yang berlaku

#Ramai yang suka bercakap tentang perkahwinan, tetapi sangat sedikit yang berani tampil untuk mengaplikasikannya.
#Muslimin memandang perkahwinan itu sebagai suatu yang sangat jauh...
"I'Allah lepas habis belajar ana fikir"
#Muslimat menyalahkan muslimin dalam banyak perkara berkaitan dengan Baitul Muslim.
“Min pilih orang luar, min tak approach mat, min lagi suka muslimat semenanjung”
#Muslimat berada dalam dilema apabila ada orang luar yang approach. Kalau tolak, takut lepas ni takda orang dah. Nak harapkan muslimin, hanya Allah dan Rasul yang tahu bila mereka bersedia.
#Muslimin kata muslimat ni tak boleh bersabar. Asyik nak cepat je... Tunggulah third year, fourth year dulu ke...
#Muslimat kata muslimin ni tak faham muslimat. Muslimat bukan nak tergesa-gesa, tapi nak kata putus daripada muslimin.
#Tambahan: trend muslimin hari ni adalah menunggu muslimat approach
Konklusi

#Proses taaruf yang kami syorkan adalah satu proses untuk memperkenalkan antara dua belah pihak. Manakala proses taqdim adalah untuk mengikat dan bukanlah terus berkahwin.
#Muslimin perlu memahami realiti muslimat dan begitu juga sebaliknya.
#Tradisi perlu mengikut syariat, bukan sebaliknya. Tiada istilah perigi cari timba. Saidatina Khadijah melalui perantaraan kawannya Nafisah binti Munabbih menawarkan dirinya kepada Rasulullah.
#Kita dah banyak berbincang soal ini. Sudah sampai masanya masing-masing mengambil serius hal ini. Urusan Baitul Muslim ini hanya dapat dijalankan dengan lancar dan mudah
ketika mana kita masih di kampus. Sebaik sahaja keluar, ia tidak semudah seperti yang sebelumnya.
#Kita asyik sebut tentang ukhuwwah, muslimin dan muslimat saling melengkapi, realitinya, bila tamat belajar satu batch, masih ramai muslimat yang tercari-cari muslimin untuk dijadikan pasangan hidup. Tapi masa itu umur dah sedikit lanjut.
#Mungkin lepas ni akan ada pelbagai kesimpulan yang dibuat. Tetapi yang pastinya, kesimpulan yang tetap sama adalah 'UBM yang bersalah...'

Tips dalam melaksanakan kebaikan

1.Jadilah orang yang memulakan kebaikan. Seandainya diikuti, kita juga akan dapat ganjaran daripada perbuatan orang yang mengikuti.
2.Jangan biasakan diri bersandarkan orang lain untuk buat kebaikan. 'Hang la buat dulu, pastu baru aku ikut...' Bukankah kita diajar untuk berebut-berebut memenuhkan saf hadapan ketika solat?
3.Ada dua jenis manusia yang susah nak memahami perkara kebaikan: Sombong dan malu tak bertempat.

YA ALLAH.. mudahkanlah urusan kami berdua.. mudahkanlah urusan kami.. lindungi kamu dari maksiat dan kejahatan... aminnnn...(hasa&_ _ _ _ _)




motivasi diri....

FINAL EXAM SEMESTER 4 (HASA BOLEH!)

1. terjemahan- A 3 jun 9 am      B-10-0-2
2. balaghah - A 4 jun 9 am     MAKMAL KOMP R&D 2 -1-3
3. al-Nahwu- A 5 jun 9 am       B-6-3-20
4. fiqh munakahat-A        7 jun  9 am  B-4-3-4
5. 2p - A 10 jun 2.30pm     B-4-3-2
6. bi 3- A 14 jun 9 am  DEWAN PANGGUNG PCUBAAN
7. silat cekak (xda final)

ya,.. update lagi blog.. hari ini dah hari 29 mei 2013..hari rabu.. exam isnin depan ada 4 hari cam2lah untuk study...hati dan tangan ni meronta2 untuk mengupdate blog.. sekian lama aku kehilangan diriku yang sebenar.. aku cuba bangun perlahan2 dan cuba mencari dimana diriku..

ketika aku bangun dari kejatuhan..aku mengharapkan ada tangan yang sudi untuk membantu ku... ada tangan yang sudi menemaniku.. ada yang memahamiku.. tapi sebenarnya hal ini pernah berlaku tetapi mereka belum2 betul dapat menggapai tanganku untuk bangkit seperti zaman persekolahan.. zaman sekolah tidak sama dengan sama university.. sangat berbeza..kita yang kena berdikari dari semua aspek.. lau x, memg hancuss lah...

tidak dapat dinafikan.. sem-sem 3.. final exam aku sakit.. dan seblm final lagi aku dah teruk.. sem ni aku cam ok skit... aku harap final ni aku boleh skor.. sebab.. aku rasa tidak seteruk yang dulu.. satu persatu..sedikit demi sedikit sakit itu keluar.. bila ingat..dahsyatnya aku ketika itu.. alhamdulillah..dengan izin Allah.aku masih mampu bertahan hingga ke hari ini..

ok hasa.. buang sikap malas.. kena usaha lebih.. ubah apa yang perlu di ubah,..hasa boleh.. hasa seorang yang kuat..hasa mampu..jika mahu segalanya boleh..jika tidak mahu..alasan yang diberi.. itu manusia...
hasa.. kan mayang pernah pesan.. ingat mak dan bapa di kg.. tengok keadaan dorang macam mana.. dan ingt lagi mayang pesan.. jadilah seperti katak bisu.. terus mendaki puncak gunung. walaupun kawan-kawan terus mengutuk dan menjatuhkan motivasi dan semangat untuk smpai ke puncak gunung...

rindu sangat zaman sekolah... sangat2.....
time ni hari anugerah..
di smaplabu negeri sembilan

di upsi..kos bahasa arab sekrang dah sem 4.. bersama sahabat satu kos..alida asal dari thailand,.

Monday 27 May 2013

sahabat..untuk selamanya...

as salam lim..aku dah buat pilihan........
tahniah sahabat..dalam hatiku.. akhirnya kau telah membuat keputusan yang sangat penting dalam hidupmu..
sahabat dari zaman persekolahan,.yang aku kenal bukan seorang yang bermain api ketika sekolah..
seorang ketua surau yang baik..solehah.. seriously, dahlah cantik. baik, kuat agama, and then.. penyabar, penyayang...and so on...

keputusan yang dibuatnya menggembirakan hatiku..
sebagai sahabat sehidup semati.. dia gembira aku juga akan gembira..dia sedih aku pun sedih..
kami bertiga ibarat sekawan burung merpati.. pergi bersama.. terbang bersama... aku sayang ukhwah ini..aku sayang persahabatan ini... ibarat isi dengan kuku.. perangai yang kadang-kala kuat merajuk..hehe..

teringat ketika birthday salah seorang daripda kami..hanya disebabkan perkara kecil kami membawa haluan masing2.. kelakar..last2.. tiga2 menangis..aku, dila dan sira...uiu...

bila aku sedih dorang pujuk.. bila dorang ada msalah kami tangani bersama..
aku sangat merindui mereka..sangat2..cuma keputusan ku kali ini untuk tidak balik bercuti disebabkan keperluan kehidupanku.. aku perlu melakukan perubahan.. hanya aku yang faham apa yang berlaku sebenarnya... maafkan aku sahabat.. insyaAllah dekat2 raya nanti aku balik...

4 my cute friend..sira.. jangan nakal2.. kami berdua dah.. anda bila lagi..heheh....



konvoi raya 2012 (eiya, sira, hasa, dila)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...