Thursday 17 October 2013

peristiwa gelap itu....

Bismillahirrohmanirrohim..

lama tidak menulis.. hari-hari yang aku lalui sentiasa bertukar wajah dan tingkah
perasaan dan pengalaman mematangkan fikiran
kadang-kadang sedih..
kenapa mereka tidak memahami apa yang cuba aku sampaikan
keinginanku disekat..
terkedu membaca 'ulasan' mereka..

aku tahu.. hidupku tidak mempunyai apa-apa yang boleh dibanggakan..
sekadar gadis kecil yang masih sambung belajar di sebuau universiti tempatan
namun...
ku nyatakan hasrat berkehendakkan itu kerana memikirkan natijah diri yang memang memerlukan
bukan lah kemarahan dan tohmahan yang ku pinta..
cuma secebis perasaan memahami keadaanku yang memang sangat memerlukan...

hati menangis.. hanya Allah yang tahu..
pedih.. mereka yang ku percayai dan perlukan juga tidak memahami perasaanku..
mereka orang yang dekat denganku..
namun..
apa yang dapat hanyalah kata-kata yang menjatuhkan...

sejak 2 3 minggu kebelakangan ini.. 
pelbagai perkara besar yang berlaku kepada diriku..
namun,.
biarlah hanya aku dan Allah sahaja yang tahu..
kejadian semalam tidak perlu di ingat..
biarpun hati menangis menyesali apa yang berlaku.
kena ingat janji Allah dalam surah an-nisa ayat 110 dan surah az-zumar ayat 53

hati terkedu, mulut terkunci
kenapa boleh jadi sampai macam nni..
hasa,,, yakinlah.. Allah Maha Tahu dan Maha Melihat hambaNya..
ada hikmah dengan apa semua yang berlaku..
yang penting kita tidak putus asa berdoa dan sentiasa bertaubat..
setiap hari.. kerana kita hamba yang sentiasa melakukan dosa..
tiada manusia yang terlepas daripada melakukan dosa..

nangis..merintih.. merayu.. memujuk.. semua kepada Allah..
agar Allah masih memberikan hidayah kepada diri ini..
tiada ungkapan yang mudah untuk di tuturkan
melainkan sentiasa memohon keampunan..
dan juga pertolongan..

bantu hamba YA Allah..
hamba lemah tanpaMU..
hamba sedih jika Engkau tiada dalam hati hamba..
hamba mohon sentiasa berada dalam dakapan rahmat dan hidayahMU..
Biar manusia pergi..pergi jauh meninggalkan diri..
namun Engkau sentiasa ada menghampiri diri..

terima kasih ya Allah.. Engkau dekat denganku... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...