Friday 29 November 2013

risau nak nikah...

kawen! kawen !kawen! istilah yang 'femes' dalam kalangan remaja...termasuk aku...ya..
ungkapan yang mudah disebut namun begitu besar pelaksanaannya..

setiap hari memikirkan persediaan ke arah perkahwinan..
macam2 bermain di kotak fikiran..
dari sudut keluarga settle tapi bakal pengantin...

rohani, jasmani, ilmu, kemahiran, nasihat dan banyak..
pesan kakak.. "kalau maw nikah, kena fahamkan betul2 perkahwinan. 
rukun nikah, hak isteri, hak suami, tanggungjawab isteri dan isteri, tanggungjawab bersama, hubungan dengan mentua dan keluarga ipar...  

tanya kakak lagi..(malu tapi kena tanya..) 
"kak, contohnya 'eng' kawen time belajar, pastu..tiba-tiba pregnat, 'dia' pulak jauh di seberang laut..camnalah... kan ada istilah nikah khitbah tu..camna tu..
kakak jawab... ni belum faham lagi.. (muka tersenyum) .. hehe.." dah kalau dah halal, benda yang fitrah jangan di halang.. " (jawapan ringkas tapi mendalam...) "dalam islam, tidak menyusahkan umatnya, dan dalam islam sebenarnya memang sangat di galakkan kahwen awal.. umur 16, 17 tahun tu dah ok...tapi standard kita di malaysia ni, pas habis University, tu dikira kwen awal.. situasi di Malaysia macam ni.."
owh.. baru tahu.. "kak, kenapa kena kawen awal...?" tanya lagi.. kena tanya orang berilmu ni.. 
"digalakkan kawen awal, untuk menjaga kesihatan lelaki...faham?" tanya kakak...
erk,. faham mungkin..lama jgak loading... indahnya islam menjaga umatnya... faham dengan fitrah..

kak along... pentamrin aku dari dulu sampai sekarang... jiwa cekal ..:)


asyik fikir, tiba-tiba dapat mesej dari si dia.. "rasanya macam maw datang umah bulan 1 nanti..." (gullppp... perasaan gembira tapi takut sebenarnya..fikirkan tanggungjawabkan..) lepas beberapa jam memikir, ambil telefon. kol mak..mak! anakmu takut..
"assalamualaikum mak.. dia beritahu tadi mahu 'datang' rumah bulan satu nanti.."
"waalaikumsalam..alhamdulillah..suruh cepat2 dia datang..lagi cepat nikah lagi bagus.."
sportingnya mak aku ni... dia yang exited..aku dah sejuk badan... meremang...
"beritahu dia, memandangkan kita ni dari bangsa yang sama, pastu kg dekat, daerah pun sama.. jadi faham dari sudut adat dan syariat tu camna.. (mak maksudkan dari sudut sireh junjung dan sebagainya..) pastu keluarga dia plak ramai di sembirai ni.. makcik dia, nenek dia semua mama kenal.."
tersenyum.. "baik mak..nanti cuba beritahu dia.. malam tu mak bagi mesej
"assalam..mak setuju nikah..cuba bincang dengan abang ko..dan kalau boleh, biar majdi, iman, akram, qistina, irfan, irsyad (nama anak2 buah yang kecil2) suma ada d sabah.". mak maksudkan buat majlis time cuti sekolah.. sebab kakak2 dan abang suma cikgu, ustaz, ustazah...comel mesej mak ni.. termotivasi plak..

bersama omel(adik bongsu yang manja) dan mama yang cantik dan tenang sentiasa..
holiday inn malacca..

macam-macam yang difikirkan .. hasa..hasa..wake up.. hari tu terjumpa sorang lecturer arab..
"enti jangan risau,.. walaupun enti belum kerja, tapi bila dah kawen akan ada je rezeki tu... kawan saya time belajar dulu.. pasangan kawen ni dapat mumtaz (cemerlang) semangat untuk belajar.. bila isteri x dapat buat assgment, suami tolong...cuma enti kena bincang dengan dia daripada sekarang.. nanti kalau kawen, camna saya sebagai isteri nak jalankan tanggungkawab sebagai isteri. . pastu, bncang sama ada dia datang sni sebulan sekali atau enti kena balek... " nasihat sangat berguna...

hari yang lain, sorang lecturer lagi tanya... "bila nikah, insyaAllah dipermudahkan.. isteri ustaz tanya.."jadike.. nak beli tiket pergi sabah ni.. boleh jalan2 sekali.. insyaAllah kak..:)

kawan baik pula, "cepat2lah nikah... senang meeting dan program.. bertambah lagi satu baitul muslim di kota belud ni.. :) dila2..ada jak dia ni..

nasihat mama, adik-beradik, pensyarah-pensyarah upsi, sahabat baik... sangat berguna..dan doa mereka yang di inginkan.. namun.. hati ini tetap debar dan sangat risau.. macam masih banyak perkara yang tidak tahu berkaitan perkahwinan... tiba-tiba seorang sahabat mesej.."enti, xpa.. nanti bila dah kawen..dah halal... tambah lagi ilmu..bersama suami.. jangan risau la..

semoga keputusan yang aku buat ini tepat.. risau.. syaitan tidak berhenti untuk menghancurkan manusia... jadi mahu kwen ni kena betul2 faham..akan datang..apa masalah timbul. tenang dan boleh bertindak dengan rasional.. kepada sesiapa yang membaca entry ini.. doakan saya..dipermudahkan...amin,,...

-hasa upsi rumah sewa tamanseri indah 30 oktober 2013

Sunday 24 November 2013

emm..

berjalan mencari kehidupan..dan ketenangan yang sebenar..
mengorbankan pelbagai rasa dan perasaan..
berhijrah.. dan berubah..
namun perubahan itu berpandu dan dengan ilmu...

semakin hari..
ku terjemahkan diri dalam lingkup mencari Allah dengan lagi lebih rapat dan dekat..
jika yang ku korbankan itu lagi mendekatkan diri dengan Allah..
Tuhan yang sangat pengasih dan Maha Penyayang..
maka aku redho dan sangat gembira..

"sabar itu manis..."
"وقال تعالى: {إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ} الزمر 10]. 
makna : hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurkan pahalanya tanpa batas,...

kena bersabar...
bagaimana pun perkara yang datang dengan kita sama ada baik buruk..kena sabar..
orang yang bersabar ialah orang yang akidahnya betul..iaitu sentiasa setiap yang berlaku adalah qada dan qadar Allah..dan pasti ada hikmah setiap apa yang berlaku...
orang yang bersabar juga tenang bila di uji..
tidak mengeluh bila tidak kena pada diri..

namun..
untuk mencapai darjat orang yang betul-betul bersabar..perlukan mujahadah..
iaitu bersungguh-sungguh untuk ikhlas menerima dan berterusan dalam kesabaran..

hati adalah tempat kita dekat dengan Allah..
rasa cinta, rindu , sayang terhadap pencipta kita yang sangat Agung dan Maha Penyayang..
setiap manusia tidak lepas dari membuat kejahatan.. tapi...dengan sifat Ar-rahman dan Ar-rahim Allah.. dosa kita diampunkan..aib kita ditutup.. baiknya Allah.. tersangat baik.. hati meronta.. sangat teringin berjumpa dengan Allah...

setiap hari memikirkan rasa ingin mendakap Allah..ingin meluahkan rasa cinta itu...
bila kita sayang atau rindu.. sekadar ungkapan tidak cukup.. perlu dengan perbuatan..
ya Allah..hasa sangat rindu denganMu...
kadangkala..hati ini terfikir...
adakah dengan kematian itu..hamba boleh berjumpa dengan Mu ya Allah..
ketika dalam solat, mengaji... rasa dan perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..
hanya hati yang bersih.. mampu merasainya....

teringat dengan kata-kata ustaz semalam..
'disebabkan hijab kita dengan Allah.. doa tidak termakbul, tidak nampak Nur Allah dan Nur Nabi Muhammad saw.. '
ketika dengar , tangan memegang hati... ya Allah.. hamba mohon hati yang baru.. hamba mohon agar terbuka semua hijab..antara hamba dengan Mu ya Allah...menangis...  

mudahan diri ini masih diberi peluang untuk terus bertaubat dan melakukan amal kebajikan..walaupun sekecil zarah, akan di nilai oleh Allah..apatah lagi sebesar perkara lagi besar pahala yang menanti...

-insan kerdil-

Wednesday 20 November 2013

hasa sangat merindui keluarga j.. sangat-sangat rindu sebenarnya..

Bismillahirrohmanirrohim..

emm.. ingin meluah apa yang terbuku... tersimpan kemas di lubuk hati..
hasa sangat merindui keluarga j..
sangat-sangat rindu sebenarnya..
sekian lama tidak bersama mereka...
namun...
di jauh sudut hati ini..
mereka semua sibuk dengan tanggunjawab masing-masing
hatta di kelas pun hasa tidak ditegur..
jadi hasa rasa  segan dengan geng mereka..

hasa terkedu dan tidak terkata..
melihat video orang yang meninggal
hati ini terusik..
aku nanti bagaimana..
hasa banyak dosa...
malu... rasa amalan belum cukup..
namun..
hasa tahu kematian itu bila-bila masa
dan ianya akan dapat dirasai nikmat  oleh orang yang beriman

ya Allah.. hamba sangat rindu padaMu
hamba malu padamu
jika selama usia 22 tahun 5 bulan ini..
banyak dosa yang hasa buat..

hasa dulu...
sangat gemar dengan program-program yang dianjurkan..
biarpun selama 4 sem hasa bertempur dengan sakit..
dalam seminggu kadang2 cuma 2 hari hasa sihat..
selebihya terlantar dan menahan rasa..
sem 5 ni.. hasa sht sikit..
cuma hasa di uji dengan perkara yang hasa sangat takut selama ni..
biarlah Allah sahaja yang tahu..
ini penyakit yang luar biasa..
 berminggu-minggu senyap dan menyepi..
 macam mana hasa mw bgtw dorang..hasa ada sebab tidak turun..
satu persatu jawatan hasa tolak..dan letak..
hasa ada sebab dalaman..
namun.
biarlah kesakitan ini mereka tidak tahu..
hasa xmw dorang menangis..
biarpun ramai yang marah..
hasa tahu..
 bila ramai yang mula bising..
hasa hanya mampu mengadu dengan Allah..
sebenarnya hasa sangat merindui saat itu..
bersama keluarga J

masihkah ada peluang hasa kali kedua untuk bersama mereka..
daripada sem 1 hingga sem 4.. hasa setiap hari memikirkan kematian..
dari sem 1-4..ada kematian di UPSI.. dan hasa ada di tempat kejadian..
dan sem 5 ni.. biarpun hasa tidak kenal siapa saudara ahmad ammar yang syahid di turkey itu..
namun hasa dapat merasai siapa dia.. seorang yang sentiasa mengatur hidupnya untuk kematian yang baik..
amalan ketika dia hidup.. lain orang lain cara dan pendekatan..
Allah sentiasa tahu apa yang hambaNya fikirkan
biarpun manusia menginginkan  dan sentiasa membuat andaian..
namun.. Allah nampak perlakuan hambaNya..

hasa sebenarnya dah lama maafkan dorang yang pernah menjatuhkan motivasi hasa untuk belajar di sini,,
biarpun pahit ditelan..biarpun mereka tidak pernah mengungkapkan sepatah pun perkataan maaf.. 
hasa tahu..tiada antara kita yang tahu siapa yang akan pergi dulu...
kepada sesiapa yang baca pos hasa ni..
nanti..kalau hasa dah pergi..
hasa minta maaf sangat2 dari hujung kepala hingga hujung kaki..
halalkan makan dan minum..
kalau ada hutang..boleh tuntut dengan waris hasa...
hasa sangat takut jika mati tapi urusan dunia tidak selesai..
sakitnya azab kubur tu..namun kenapa manusia masih ego..

Allah.. engkau mendengar rintihan hati hamba... 
engkau tahu setiap inci hamba..
tiada yang hamba sembunyikan..kerana Engkau Maha Berkuasa ke atas segalanya...

buat keluarga hasa.. dari kecil hasa cuba untuk menyatukan mereka.. 13 adik beradik..
semua duduk berjauhan..hasa ingin rasa walau cuma sekali 13 orang semua berkumpul..
walaupun hubungan mak dan bapa telah tiada hubungan.. tapi.. anak tetap bersama..

maafkan hasa..sangat rindu dengan sabah..
jika mati ketika menuntut ilmu ini adalah jihad.. 
hasa berdoa agar dikurniakan syahidah..
tetap menginnginkan kebaikan..
ampuni dosa hamba ya Allah...

Sunday 17 November 2013

alhamdulillah... akhirnya.. keputusan akhirnya dibuat.. aku memilih untuk kembali ke tempat lahirku.. setelah berhari-hari mencari sebuah keputusan, dan ini lah keputusannya..

mungkin tiada rezeki.. yalah.. kadang-kala kita terlalu mengejar apa yang kita rancangkan, kita lupa perancangan Allah itu yang terbaik. kadang kala kita letih dan letih memikirkan belum ada petanda, Allah hadirkan sebuah perancangan yang lagi baik dan sesuai untuk diri,

didik hati untuk redho.. redho hadir setelah berusaha..
memang hati mengatakan A, tapi jalan untuk mendapatkan A, memang sukar dan secara jelasnya memang tidak dapat.. setelah ditimbang tara..inilah keputusannya.. Aku harus positif dan teruskan juga kehidupan seperti biasa.

kesibukan itu.....

hati sebenarnya sayu...
dalam 'kesibukan'  itu, hati sentiasa memikirkan suatu ketenangan...
namun kesibukan itu menjadi suatu rutin harian kita ..
bila dah jadi rutin, bila ia tidak dibuat hidup rasa kosong..
lemah.. gusar, gelisah, dan pelbagai lagi perasaan yang tercipta..

ada manusia yang dirinya disibukkan dengan kerja kebaikan..
tolong orang, bersedekah, jadi anak yang baik, jadi pelajar yang baik..
namun ada juga manusia yang dirinya masih dibelenggu dengan kerja bukan kebaikan..
kemaksiatan menjadi pakaian..
pakaian orang beriman ialah taqwa.. 
namun.. disebabkan tiada taqwa..
ianya menjadi dosa..

ramai orang gemar berbicara tentang kebaikan..
di radio, televisyen. surau, majalah dan sebagainya..
namun, 
tidak ramai yang berbicara berkaitan dosa..
percaya atau tidak, diri sendiri yang menilainya..

dulu..
terjumpa seorang teman yang baik dan tulus pekertinya..
namun, Allah uji dengan setiap kata-kata yang diucap..
dia kalah.. akhirnya rebah..
"saya sedih,.. saya bukan seperti yang dulu"
apabila hati ini mendengar luahannya..
diri ini rasa,,aku nanti plak bagaimana..
tiada siapa antara kita yang tahu
adakah sehingga mati kita akan melakukan kebaikan..

justeru,..
jika sekrang engkau sedar dan berada dalam perkara kebaikan..
berdoalah semoga kebaikan itu berkekalan..
namun,.. jika engkau ternampak orang lain yang di uji dengan perkara bukan  kebaikan..
janganlah dikau cerca akan dirinya..
jangan engkau sisihkan dan merasa dirimu lebih baik daripadanya..
tiada siapa yang dapat menjamin kita akhirnya bagaimana..
bawalah dia semula.. sentuh hatinya..
pegang tangannya dan katakanlah..
"awak. saya akan bawa awak semula bersama-sama saya..
saya tidak tinggalkan awak sahabat.. kita 'buru' syurga bersama-sama.."

manusia... insan yang fitrahnya sentiasa ke arah kebaikan..
sejahat manapun manusia dia akan tetap kembali kepada fitrah..
jadi siapa kita untuk menyisihkan dia.. 
sahabat yang baik bukan hanya di kala senang tapi dikala susah..
yakinkah kita bahawa kita adalah sahabat yang baik 
seperti mana yang dibuat oleh 
saidina Abu Bakar dan Saidina Umar serta sahabat yang lain kepada Rasulullah saw..
jangan kita hanya mengatakan bahawa kita ikut sunnah Baginda, 
namun sahabat yang di uji,  kita sisihkan..

ada pepatah berkata.. buat baik berkali-kali, buat jahat jangan sekali..
 
manusia pelbagai ragam dan tingkah,
dan aku.. akan terus dan terus memerhati..
ragam manusia yang pelbagai dan sentiasa membuatkan
 diri ini juga memberi harapan agar diberi hidayah dan taufiq...
hidayah itu milik Allah..
hidayah itu kesedaran..
taufiq itu berubah..
keduanya perlu sentiasa bersama...

(sekadar coretan )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...