Wednesday 8 January 2014

hari-hari terakhir 2

tertidur...
bangun2 menahan pedihya mata..kepala berdenyut2.. Alllah sakitnya semakin kuat..
dan aku hanya mampu beristighfar dalam hati.. mungkin ini adalah salah satu cara Allah mengampuni dosaku..

setiap hari rambut gugur semakin banyak.. tidak seperti sebelum ni..dan sakit itu semakin menghimpit dadaku.. sakitnya Allah sahaja yang tahu.. ku lihat wajah di cermin.. adalah ini saatnya?
ya Allah..tabahkan hati hamba..izinkan hamba untuk sampai dulu ke kg halaman.. merindui seorang ibu yang telah lama tidak berjumpa..merindui kasih sayang seorang ayah walaupun telah lama aku tidak merasai kasih sayangnya,, merindui adik beradik yang air mata menitis bila memandang wajah mereka..

hatiku berkali-kali mengatakan..pergi cek hospital..
memang teringin untuk pergi namun..aku belum bersedia..
setiap detik aku berfikir..
berapa lama lagi aku harus bertahan dengan ubat hospital
bacaan ayat2 suci al-quran menjadi teman..

encik tunang selalu bertanya..
ok? aku tersenyum..dalam hati Allah jak tahu..
ok...jangan risau,..

bila teringat perjalanan hidup..
keperitan yang aku alami, pedih yang aku tempuhi..
hanya mampu tersenyum..
ketika ini..aku masih menanti dengan penuh bersabar..
agar aku boleh sembuh..
insyaAllah hasa..boleh sembuh..
si dia memberi kata semangat..

sabar adalah satu sifat yang diberikan oleh Allah kepada hambaNya..
sabar, redho, ikhlas,,ini sifat2 mahmudah yang terpuji..
mampukah aku bertahan?
mampu hasa..banyakkan mendekatkan diri pada Allah.
aku mampu menghadapi sakit ini..



Saturday 4 January 2014

hari-hari terakhir dalam hidupku..

hari ini..hari sabtu.. minggu ke 16 berada di upsi.. selesai menjawab 4 paper,,dan tggl satu paper pada minggu hadapan.. hati hasa terusik dan tersentak dapat perkhbaran seorang sahabat PssKK telah pergi menghadap Ilahi.. Allah.. kemarin..lepas dari bilik air, aku terduduk memikirkan..selama aku di upsi mesti ada kematian sahabat.. arwah kak fatini, arwah kak fatima Mina, dan ada lagi..yg lain.. setiap sem dari sem 1-4.. tp sem 5 ni tda.. dan jujur aku katakan..antara bnyk sem inilah sem yg aku plg sedih.. sem kegelapan.. namun..aku sentiasa doa Allah ada dan dengar isi hatiku...

banyak yang ingin aku kongsikan..
...setiap hari aku ingat kematian.. dan jujur aku sentiasa di uji..kadang2 aku menang..kadang akau kalah.. kalah dengan nafsu yang sentiasa memberontak..istigfar melegakan perasaan..
aku hanya mampu beristigfar, dan sujud memohon keampunan dari Allah swt.,
apa yang aku rasa, fikir..xdapat di kongsi dengan orang.. hanya Allah tempat aku meluah..aku beritahu semua..hati dan jiwa kita ni sakit bila ada sesuatu x kena..itu maknanya iman kita ni sensitif...ya..dan aku sentiasa mengharapkan sesuatu kematian yang baik..

bila penyesalan datang, pundakku berat..memikirkan apa yang telah berlaku..nasi sudah jadi bubur.. dan aku kena teruskn juga kehidupan..dan sentiasa memohon dan berharap pada Allah..huhu,,maw menangis rasa dalam hati ni..
bila sebut Allah..bergetar jiwa..aku ada Allah..aku ada Tuhan yang  sangat baik..dan sangat mengasihi hambanya. keampunan Allah menguasai kemurkaan manusia.. siapa aku? aku hanya seorang hamba yang sentiasa mengharap ampunan dan rahmat Allah..aku hamba yang sentiasa melakukan dosa..kalau dosa ni nampak..aku rasa x tertanggung maw membawanya..rasa berat..x tenang.. apa yang aku mampu buat.? kembali pada Allah.. buat dosaka, buat pahalaka semua akan kembali pada Allah.

aku selalu membayangkan saat kematianku nanti.. aku berharap biarlah jasadku di daerahku sendiri..tempat aku beraksi di medan dakwah..tanpa rehat..siang dan malam memikirkan gerak kerja..berbeza dengan dunia kampus.. keterbatasannya ku ada.. dengan sakit , dengan masalah peribadi, sahabat,..
aku kongsikan dengan kak senior sekolah,..salah seorang penggerak hebat di kawasan..
"akak,,hasa dah lama x trun program j sni, menahan rasa ingin menangis..ku ceritakan apa yang berlaku semester 4, yang menyebabkan aku tidak dapat bergerak kerja dgn mereka.selesai meluah..akk ni tersenyum dan menjawab..dah habis luah? Allah.. sangat baik..syukran ya Allah..di kala mereka di bumi upsi ini meninggalkan aku..Engkau hadirkan seorang kakak yang sudi mendengar isi hatiku...
akak ni membiarkan aku meluah apa yang aku rasa.. sampai aku merasa lega...

mata mengantuk..nanti sambung...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...