Wednesday 20 November 2013

hasa sangat merindui keluarga j.. sangat-sangat rindu sebenarnya..

Bismillahirrohmanirrohim..

emm.. ingin meluah apa yang terbuku... tersimpan kemas di lubuk hati..
hasa sangat merindui keluarga j..
sangat-sangat rindu sebenarnya..
sekian lama tidak bersama mereka...
namun...
di jauh sudut hati ini..
mereka semua sibuk dengan tanggunjawab masing-masing
hatta di kelas pun hasa tidak ditegur..
jadi hasa rasa  segan dengan geng mereka..

hasa terkedu dan tidak terkata..
melihat video orang yang meninggal
hati ini terusik..
aku nanti bagaimana..
hasa banyak dosa...
malu... rasa amalan belum cukup..
namun..
hasa tahu kematian itu bila-bila masa
dan ianya akan dapat dirasai nikmat  oleh orang yang beriman

ya Allah.. hamba sangat rindu padaMu
hamba malu padamu
jika selama usia 22 tahun 5 bulan ini..
banyak dosa yang hasa buat..

hasa dulu...
sangat gemar dengan program-program yang dianjurkan..
biarpun selama 4 sem hasa bertempur dengan sakit..
dalam seminggu kadang2 cuma 2 hari hasa sihat..
selebihya terlantar dan menahan rasa..
sem 5 ni.. hasa sht sikit..
cuma hasa di uji dengan perkara yang hasa sangat takut selama ni..
biarlah Allah sahaja yang tahu..
ini penyakit yang luar biasa..
 berminggu-minggu senyap dan menyepi..
 macam mana hasa mw bgtw dorang..hasa ada sebab tidak turun..
satu persatu jawatan hasa tolak..dan letak..
hasa ada sebab dalaman..
namun.
biarlah kesakitan ini mereka tidak tahu..
hasa xmw dorang menangis..
biarpun ramai yang marah..
hasa tahu..
 bila ramai yang mula bising..
hasa hanya mampu mengadu dengan Allah..
sebenarnya hasa sangat merindui saat itu..
bersama keluarga J

masihkah ada peluang hasa kali kedua untuk bersama mereka..
daripada sem 1 hingga sem 4.. hasa setiap hari memikirkan kematian..
dari sem 1-4..ada kematian di UPSI.. dan hasa ada di tempat kejadian..
dan sem 5 ni.. biarpun hasa tidak kenal siapa saudara ahmad ammar yang syahid di turkey itu..
namun hasa dapat merasai siapa dia.. seorang yang sentiasa mengatur hidupnya untuk kematian yang baik..
amalan ketika dia hidup.. lain orang lain cara dan pendekatan..
Allah sentiasa tahu apa yang hambaNya fikirkan
biarpun manusia menginginkan  dan sentiasa membuat andaian..
namun.. Allah nampak perlakuan hambaNya..

hasa sebenarnya dah lama maafkan dorang yang pernah menjatuhkan motivasi hasa untuk belajar di sini,,
biarpun pahit ditelan..biarpun mereka tidak pernah mengungkapkan sepatah pun perkataan maaf.. 
hasa tahu..tiada antara kita yang tahu siapa yang akan pergi dulu...
kepada sesiapa yang baca pos hasa ni..
nanti..kalau hasa dah pergi..
hasa minta maaf sangat2 dari hujung kepala hingga hujung kaki..
halalkan makan dan minum..
kalau ada hutang..boleh tuntut dengan waris hasa...
hasa sangat takut jika mati tapi urusan dunia tidak selesai..
sakitnya azab kubur tu..namun kenapa manusia masih ego..

Allah.. engkau mendengar rintihan hati hamba... 
engkau tahu setiap inci hamba..
tiada yang hamba sembunyikan..kerana Engkau Maha Berkuasa ke atas segalanya...

buat keluarga hasa.. dari kecil hasa cuba untuk menyatukan mereka.. 13 adik beradik..
semua duduk berjauhan..hasa ingin rasa walau cuma sekali 13 orang semua berkumpul..
walaupun hubungan mak dan bapa telah tiada hubungan.. tapi.. anak tetap bersama..

maafkan hasa..sangat rindu dengan sabah..
jika mati ketika menuntut ilmu ini adalah jihad.. 
hasa berdoa agar dikurniakan syahidah..
tetap menginnginkan kebaikan..
ampuni dosa hamba ya Allah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...