Friday 29 November 2013

risau nak nikah...

kawen! kawen !kawen! istilah yang 'femes' dalam kalangan remaja...termasuk aku...ya..
ungkapan yang mudah disebut namun begitu besar pelaksanaannya..

setiap hari memikirkan persediaan ke arah perkahwinan..
macam2 bermain di kotak fikiran..
dari sudut keluarga settle tapi bakal pengantin...

rohani, jasmani, ilmu, kemahiran, nasihat dan banyak..
pesan kakak.. "kalau maw nikah, kena fahamkan betul2 perkahwinan. 
rukun nikah, hak isteri, hak suami, tanggungjawab isteri dan isteri, tanggungjawab bersama, hubungan dengan mentua dan keluarga ipar...  

tanya kakak lagi..(malu tapi kena tanya..) 
"kak, contohnya 'eng' kawen time belajar, pastu..tiba-tiba pregnat, 'dia' pulak jauh di seberang laut..camnalah... kan ada istilah nikah khitbah tu..camna tu..
kakak jawab... ni belum faham lagi.. (muka tersenyum) .. hehe.." dah kalau dah halal, benda yang fitrah jangan di halang.. " (jawapan ringkas tapi mendalam...) "dalam islam, tidak menyusahkan umatnya, dan dalam islam sebenarnya memang sangat di galakkan kahwen awal.. umur 16, 17 tahun tu dah ok...tapi standard kita di malaysia ni, pas habis University, tu dikira kwen awal.. situasi di Malaysia macam ni.."
owh.. baru tahu.. "kak, kenapa kena kawen awal...?" tanya lagi.. kena tanya orang berilmu ni.. 
"digalakkan kawen awal, untuk menjaga kesihatan lelaki...faham?" tanya kakak...
erk,. faham mungkin..lama jgak loading... indahnya islam menjaga umatnya... faham dengan fitrah..

kak along... pentamrin aku dari dulu sampai sekarang... jiwa cekal ..:)


asyik fikir, tiba-tiba dapat mesej dari si dia.. "rasanya macam maw datang umah bulan 1 nanti..." (gullppp... perasaan gembira tapi takut sebenarnya..fikirkan tanggungjawabkan..) lepas beberapa jam memikir, ambil telefon. kol mak..mak! anakmu takut..
"assalamualaikum mak.. dia beritahu tadi mahu 'datang' rumah bulan satu nanti.."
"waalaikumsalam..alhamdulillah..suruh cepat2 dia datang..lagi cepat nikah lagi bagus.."
sportingnya mak aku ni... dia yang exited..aku dah sejuk badan... meremang...
"beritahu dia, memandangkan kita ni dari bangsa yang sama, pastu kg dekat, daerah pun sama.. jadi faham dari sudut adat dan syariat tu camna.. (mak maksudkan dari sudut sireh junjung dan sebagainya..) pastu keluarga dia plak ramai di sembirai ni.. makcik dia, nenek dia semua mama kenal.."
tersenyum.. "baik mak..nanti cuba beritahu dia.. malam tu mak bagi mesej
"assalam..mak setuju nikah..cuba bincang dengan abang ko..dan kalau boleh, biar majdi, iman, akram, qistina, irfan, irsyad (nama anak2 buah yang kecil2) suma ada d sabah.". mak maksudkan buat majlis time cuti sekolah.. sebab kakak2 dan abang suma cikgu, ustaz, ustazah...comel mesej mak ni.. termotivasi plak..

bersama omel(adik bongsu yang manja) dan mama yang cantik dan tenang sentiasa..
holiday inn malacca..

macam-macam yang difikirkan .. hasa..hasa..wake up.. hari tu terjumpa sorang lecturer arab..
"enti jangan risau,.. walaupun enti belum kerja, tapi bila dah kawen akan ada je rezeki tu... kawan saya time belajar dulu.. pasangan kawen ni dapat mumtaz (cemerlang) semangat untuk belajar.. bila isteri x dapat buat assgment, suami tolong...cuma enti kena bincang dengan dia daripada sekarang.. nanti kalau kawen, camna saya sebagai isteri nak jalankan tanggungkawab sebagai isteri. . pastu, bncang sama ada dia datang sni sebulan sekali atau enti kena balek... " nasihat sangat berguna...

hari yang lain, sorang lecturer lagi tanya... "bila nikah, insyaAllah dipermudahkan.. isteri ustaz tanya.."jadike.. nak beli tiket pergi sabah ni.. boleh jalan2 sekali.. insyaAllah kak..:)

kawan baik pula, "cepat2lah nikah... senang meeting dan program.. bertambah lagi satu baitul muslim di kota belud ni.. :) dila2..ada jak dia ni..

nasihat mama, adik-beradik, pensyarah-pensyarah upsi, sahabat baik... sangat berguna..dan doa mereka yang di inginkan.. namun.. hati ini tetap debar dan sangat risau.. macam masih banyak perkara yang tidak tahu berkaitan perkahwinan... tiba-tiba seorang sahabat mesej.."enti, xpa.. nanti bila dah kawen..dah halal... tambah lagi ilmu..bersama suami.. jangan risau la..

semoga keputusan yang aku buat ini tepat.. risau.. syaitan tidak berhenti untuk menghancurkan manusia... jadi mahu kwen ni kena betul2 faham..akan datang..apa masalah timbul. tenang dan boleh bertindak dengan rasional.. kepada sesiapa yang membaca entry ini.. doakan saya..dipermudahkan...amin,,...

-hasa upsi rumah sewa tamanseri indah 30 oktober 2013

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...