Monday 23 December 2013

if

bila terpandang wajahnya.. nampak keletihan...
seharian menuai pahala.. berdakwah..tanpa rehat..
tidurnya sangat bermakna..
kedengaran sedikit dengkur letih namun bermakna..

dia seorang pejuang Allah..
hidupnya dipenuhi dengan gerak kerja islam..
dan setiap orang itu akan di uji..dirinya akan di uji..
siapa yang betul-betul berjuang..

hasa, ingat..sentiasa doa mudahan kita kita istiqomah dalam perjuangan..
itu pesannya..
ya.insyaAllah..

sesungguhnya seorang muslimin itu memerlukan seorang serikandi menjadi zaujahnya,,
menemani siang dan malam..
kerja-kerja dakwah yang tidak pernah berhenti..sentiasa menanti dan perlu diperbaiki..
sehingga saat akhirnya..kita kan pergi menghadap Ilahi..

apa yang kita cari di dunia ini melainkan rahmat dan sayang Allah pada hambaNya..
ada mereka yang mencarinya dengan terjun ke dalam bidang dakwah..
sentiasa memikirkan kelancaran dakwah di tempatnya...

dan itulah dia..
dia pilihan saya..
seorang pejuang agama..
siapa dia? itu rahsia..
nantikan siapa...

Friday 20 December 2013

inchi if

kemarin hanya tinggal kenangan 
bersama peristiwa semalam..
kemarin soalan demi soalan terungkai..
bersama sebuah perasaan yang berlainan..

bersama 2 tahun..
hasa..sahabat boleh datang dan pergi..
jujur...
sejak perbincangan ini..seperti ada perkara yang bersarang di jiwa..
dia atau aku yang berubah?
manusia..mulut cakap lain hati cakap lain.. 
dan aku tiada ilmu untuk membaca fikirannya..cuma cara layanan sudah berbeza.. 
jawapan yang diberi..aku tahu sakit dan lebih sakit jika tiada kejujuran..
ntah.......

perhubungan perlukan kejujuran

setiap hari sikapnya semakin berubah..
aksi dan tingkah mengubah rasa
masalah yang timbul sepatutnya menjadikan diri makin rapat
namun berlaku sebaliknya..

persoalan demi persoalan terungkai
apa yang aku fikirkan selama ini benar-benar terjadi..
dia semakin jauh dan menjauh
dalam perhubungan memerlukan kejujuran, dan keterbukaan..
perlunya pintu perbincangan..ini kunci kekal sebuah perhubungan..
namun kadang kala dengan ego, merasakan diri tidak melakukan silap
sebuah janji terlerai..hancur berderai.. lalu bersama angin lalu
membawa seribu kenangan..

ku telusuri perjalanan hidup..
memikirkan pelbagai onak dan ranjau di hadapan..
hati hasa mengatakan.. "xpa, ada penyelesaian.."
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

jujur...
aku dulu seorang yang ceria..kini bertukar pendiam..senyap seribu kata..
aku dulu aktif dimana-mana..semua program aku terjah..kini, hanya mampu memandang dari media
kehidupan semakin berubah..desakan dan seksaan jiwa melanda..
siapa tiada masalah? semua ada.. cuma cara penyelesaian berbeza..
hari bertukar hari..bulan bertukar bulan..dan kini,,,hampir setahun..aku menyepi..
ramai mempersoalkan..kenapa?
dan dia..
terus menerus dengan 'hobi' terbaru..
tiada kata mampu terungkap.
hanya mata mampu memandang..tapi lidah menahan perasaan..
biarlah..Allah Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi...
berubahlah..selagi ada masa...
sekian..

Thursday 19 December 2013

mukadimah

Bismillahirrohmanirrohim

terdetik ingin menulis... tulisan... dan rasa..dan perasaan.. bergabung..

jin .. makhluk yang yang dicipta oleh Allah SWT seperti manusia.. iaitu untuk beribadat mengabdikan diri kepada Allah... jin sama macam manusia... ada kehidupan sendiri.. ada yang islam.ada yang kafir.. macam2 pekerjaan yang mereka buat.. ada yang beramal soleh..dan ada juga sebagai bomoh.. ada yang jadi rakyat..dan ada yang jadi ketua atau sultan..  jin ni benda ghaib..yang manusia tidak nampak dengan mata kasar.. hanya orang yang Allah bagi kelebihan akan nampak..
isu yang saya ingin kongsi di sini bukanlah berkaitan kejadian jin ini, tetapi berkaitan ilmu sihir atau berkaitan sakit yang di alami oleh manusia yang tidak boleh disembuhkan oleh ubat hospital.. tapi kena menggunakan ayat Al-quran dan keyakinan yang sangat tinggi kepada Allah. pertama, saka, sihir jin, sihir manusia.. sihir manusia yang selalu diperkatakan..
 manusia dengki, tidak puas hati, inginkan seseorang menggunakan sihir.. macam-macam.. manusia adalah makhluk yang dicipta akalnya terbatas.. kenapa berlakunya sihir? adanya bantuan jin yang jahat.. sesuatu sihir tidak akan berlaku tanpa bantuan jin dan perkara paling penting yang kita kena tahu..sihir ialah syirik..menyekutukan Allah.. menduakan Allah.. menggunkan khidmat jin sedangkan Tuhan kita yang wajib disembah cuma Allah SWT. ini yang menyebabkan jadinya syirik... dan kena tahu dan ingat.. semua dosa Allah akan ampunkan kedua 2 perkara : 1) menderhaka kepada kedua ibu bapa 2) mensyirikkan Allah..nauzubillah..

pelbagai tanda seseorang itu di sihir.. boleh search di google. tapi untuk memastikan betul atau tidak.. rujuk pada mereka yang tahu.. di Malaysia, ada satu tempat bernama Darusyifa' tempat rawatan islam.. yang dikelolai oleh ulama.. Tok Guru Ustaz Harun Din. menjadi seorang perawat, 30 Juzuk Al-Quran dalam kepala.. bukan sesuka hati untuk jadi perawat.. cabaran sangat hebat..

ini adalah cuma permulaan bagi penulisan saya berkaitan dengan 'diari seorang pesakit' . banyak berkaitan jin dan sihir.. insyaAllah pada akan datang, saya akan menulis sedikit berkaitan tips dan amalan doa yang boleh diamalkan.. kita ini manusia hamba Allah.. sentiasa perlukan Allah dalam apa keadaan sekalipun.. kena berdoa dan meminta.. ini kunci utama mukmin yang berjaya dunia akhirat.. berjaya melepasi ujian Alllah..insyaAllah..
syukran...

Friday 6 December 2013

mak bapa...

krikkkk..
pintu di kuak perlahan...muka mak tersembul di muka pintu...
"makan jom.." mak mengajak... tapi aku pada ketika itu sibuk menyiapkan projek video untuk diguna pada program kawasan..kesian mak..rasa bersalah.. cepat2 tutup laptop..kena makan skarang!...

"brapa tahun lagi study?...2 tahun setengah..
"syukurlah..mudahan berjaya,,amin..." ucapan dan doa seorang ayah...
jujur...aku sangat merindui kasih sayang seorang ayah...
setelah peristiwa itu..hidup aku jadi kucar kacir... hari-hari berendam air mata...
jujur..aku juga ingin jadi seperti insan lain.. 
ada ayah tempat berkongsi suka dan duka.. namun aku..
biarlah.. benda yang lepas usah dikenang..
kena kuat hasa...

dulu...
teringat ketika kecil..bapa hantar ke sekolah...
time kakak2 dan abg balik sekolah asrama..bapa la yang akan bawa beg besar2 dibelakangnya..
dagingnya yang tua...mukanya yang cengkung..namun tetap gagah...
menyembunyikan rasa demi anak-anak...

kenapa perkara ini berlaku...
semua atas izin Allah...

dan mak..
insan yang sangat penyabar... dan tetap tenang dengan apa yang berlaku..
biarlah Allah sahaja yang membalas kesabaran mak selama ini...
jadi isteri yang baik.. ibu kepada 13 orang anak ini..
rasanya aku sendiri tidak mampu membalas semua jasa pengorbanan mak ni..
sekecil-kecil perkara...darah mak mengalir dalam badan ni..
sebab time kecil minum susu mak..dan susu bertukar menjadi darah..
darah ini tidak akan hilang dan berhenti..
akan berhenti setelah aku menghadap ilahi...

mak, bapa..sangat rindu... setiap hari rindu..teramat..rindu akan kasih sayang mereka..
aku menangis..mengalir air mata tengok gambar mak dan bapa...
mereka yang membesarkan aku.. 
tanpa mereka aku tiada di dunia ni..
tanpa mereka aku tidak dapat belajar di upsi ni...
kerana redho Allah terletak di bawah redho ibu bapa..

sedih dan hairan...ada insan yang dikurniakan ibu bapa yang sempurna...
hidup, belum cerai..memiliki kebahagiaan.. dan harta..
namun anak menjadi lupa diri..
bila dah meningkat dewasa..diri merasakan dia lagi hebat dari orang tuanya..
keputusan mak ayah dilawan..kolot katanya,,
sedih...
aku lagi sedih..jika ada anak yang di hadapan mak ayah dia baik..
namun di belakang? ibu bapa mana yang tidak pedih jika tahu anak dia berbuat sesuatu yang tidak baik..
....
dan aku...
meneruskan kehidupan seperti biasa..kasih sayang terhadap mak dan ayah seperti air yang tidak akan putus walaupun di cincang...tetap segar dan menyegarkan...

fikir...

tenang... damai... sejuk... namun,.. dalam menikmati ketenangan itu masih rasa kekosongan
seperti sebuah baldi kosong... ringan di angkat.. kosong di dalam..

aku...
punya rasa dan fitrah juga...
seperti mereka atau dia...atau sesiapa sahaja..
aku..
manusia biasa..
punya rasa lemah.. marah..sedih..gembira..kecewa...
dan aku...
setiap patah perkataan di jaga..
dulu 1000 sekarang menjadi  10 patah...

ada insan yang 'gemar' bertanya..
kenapa diam seribu bahasa..
aku tersenyum tanpa berkata...
maaf... ungkapan ringkas..harap faham....
ada insan yang menjadi-jadi egonya..
berwajah manis tapi pedih gelora...
media massa ibarat tong sampah..
melempiaskan rasa tidak indah di matanya..
fitnah..gelora ammarah...
dan aku.. terus tersenyum dan berkata...
moga kau dapat hidayah..

lupakan ini semua..mainan dunia tidak pernah berubah...
keras...keras...keras...
ada satu tabiat manusia..
gemar membuang perasaan marah dengan muka seperti lapar tidak makan berhari lamanya..
penat,,, tidak larat...

ada insan yang tenggelam dalam gelora nafsunya...
takut bila melihat keadaannya..
ibarat sekuntum bunnga yang beribu-ribu kumbang datang padanya..
dan ia rela madunya di hisap...!
nauzubillah...
mudahan di jauhkan dari diri dan keluarga.

letih...
percikan peluh keperitan menahan perasaan dengan apa yang berlaku..
semakin menghampiri ke akhirnya..
jika ini jalan yang kau pilih...teruskan..

-ngantuk-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...