Friday 6 December 2013

mak bapa...

krikkkk..
pintu di kuak perlahan...muka mak tersembul di muka pintu...
"makan jom.." mak mengajak... tapi aku pada ketika itu sibuk menyiapkan projek video untuk diguna pada program kawasan..kesian mak..rasa bersalah.. cepat2 tutup laptop..kena makan skarang!...

"brapa tahun lagi study?...2 tahun setengah..
"syukurlah..mudahan berjaya,,amin..." ucapan dan doa seorang ayah...
jujur...aku sangat merindui kasih sayang seorang ayah...
setelah peristiwa itu..hidup aku jadi kucar kacir... hari-hari berendam air mata...
jujur..aku juga ingin jadi seperti insan lain.. 
ada ayah tempat berkongsi suka dan duka.. namun aku..
biarlah.. benda yang lepas usah dikenang..
kena kuat hasa...

dulu...
teringat ketika kecil..bapa hantar ke sekolah...
time kakak2 dan abg balik sekolah asrama..bapa la yang akan bawa beg besar2 dibelakangnya..
dagingnya yang tua...mukanya yang cengkung..namun tetap gagah...
menyembunyikan rasa demi anak-anak...

kenapa perkara ini berlaku...
semua atas izin Allah...

dan mak..
insan yang sangat penyabar... dan tetap tenang dengan apa yang berlaku..
biarlah Allah sahaja yang membalas kesabaran mak selama ini...
jadi isteri yang baik.. ibu kepada 13 orang anak ini..
rasanya aku sendiri tidak mampu membalas semua jasa pengorbanan mak ni..
sekecil-kecil perkara...darah mak mengalir dalam badan ni..
sebab time kecil minum susu mak..dan susu bertukar menjadi darah..
darah ini tidak akan hilang dan berhenti..
akan berhenti setelah aku menghadap ilahi...

mak, bapa..sangat rindu... setiap hari rindu..teramat..rindu akan kasih sayang mereka..
aku menangis..mengalir air mata tengok gambar mak dan bapa...
mereka yang membesarkan aku.. 
tanpa mereka aku tiada di dunia ni..
tanpa mereka aku tidak dapat belajar di upsi ni...
kerana redho Allah terletak di bawah redho ibu bapa..

sedih dan hairan...ada insan yang dikurniakan ibu bapa yang sempurna...
hidup, belum cerai..memiliki kebahagiaan.. dan harta..
namun anak menjadi lupa diri..
bila dah meningkat dewasa..diri merasakan dia lagi hebat dari orang tuanya..
keputusan mak ayah dilawan..kolot katanya,,
sedih...
aku lagi sedih..jika ada anak yang di hadapan mak ayah dia baik..
namun di belakang? ibu bapa mana yang tidak pedih jika tahu anak dia berbuat sesuatu yang tidak baik..
....
dan aku...
meneruskan kehidupan seperti biasa..kasih sayang terhadap mak dan ayah seperti air yang tidak akan putus walaupun di cincang...tetap segar dan menyegarkan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...