Thursday 19 December 2013

mukadimah

Bismillahirrohmanirrohim

terdetik ingin menulis... tulisan... dan rasa..dan perasaan.. bergabung..

jin .. makhluk yang yang dicipta oleh Allah SWT seperti manusia.. iaitu untuk beribadat mengabdikan diri kepada Allah... jin sama macam manusia... ada kehidupan sendiri.. ada yang islam.ada yang kafir.. macam2 pekerjaan yang mereka buat.. ada yang beramal soleh..dan ada juga sebagai bomoh.. ada yang jadi rakyat..dan ada yang jadi ketua atau sultan..  jin ni benda ghaib..yang manusia tidak nampak dengan mata kasar.. hanya orang yang Allah bagi kelebihan akan nampak..
isu yang saya ingin kongsi di sini bukanlah berkaitan kejadian jin ini, tetapi berkaitan ilmu sihir atau berkaitan sakit yang di alami oleh manusia yang tidak boleh disembuhkan oleh ubat hospital.. tapi kena menggunakan ayat Al-quran dan keyakinan yang sangat tinggi kepada Allah. pertama, saka, sihir jin, sihir manusia.. sihir manusia yang selalu diperkatakan..
 manusia dengki, tidak puas hati, inginkan seseorang menggunakan sihir.. macam-macam.. manusia adalah makhluk yang dicipta akalnya terbatas.. kenapa berlakunya sihir? adanya bantuan jin yang jahat.. sesuatu sihir tidak akan berlaku tanpa bantuan jin dan perkara paling penting yang kita kena tahu..sihir ialah syirik..menyekutukan Allah.. menduakan Allah.. menggunkan khidmat jin sedangkan Tuhan kita yang wajib disembah cuma Allah SWT. ini yang menyebabkan jadinya syirik... dan kena tahu dan ingat.. semua dosa Allah akan ampunkan kedua 2 perkara : 1) menderhaka kepada kedua ibu bapa 2) mensyirikkan Allah..nauzubillah..

pelbagai tanda seseorang itu di sihir.. boleh search di google. tapi untuk memastikan betul atau tidak.. rujuk pada mereka yang tahu.. di Malaysia, ada satu tempat bernama Darusyifa' tempat rawatan islam.. yang dikelolai oleh ulama.. Tok Guru Ustaz Harun Din. menjadi seorang perawat, 30 Juzuk Al-Quran dalam kepala.. bukan sesuka hati untuk jadi perawat.. cabaran sangat hebat..

ini adalah cuma permulaan bagi penulisan saya berkaitan dengan 'diari seorang pesakit' . banyak berkaitan jin dan sihir.. insyaAllah pada akan datang, saya akan menulis sedikit berkaitan tips dan amalan doa yang boleh diamalkan.. kita ini manusia hamba Allah.. sentiasa perlukan Allah dalam apa keadaan sekalipun.. kena berdoa dan meminta.. ini kunci utama mukmin yang berjaya dunia akhirat.. berjaya melepasi ujian Alllah..insyaAllah..
syukran...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...