Friday 20 December 2013

perhubungan perlukan kejujuran

setiap hari sikapnya semakin berubah..
aksi dan tingkah mengubah rasa
masalah yang timbul sepatutnya menjadikan diri makin rapat
namun berlaku sebaliknya..

persoalan demi persoalan terungkai
apa yang aku fikirkan selama ini benar-benar terjadi..
dia semakin jauh dan menjauh
dalam perhubungan memerlukan kejujuran, dan keterbukaan..
perlunya pintu perbincangan..ini kunci kekal sebuah perhubungan..
namun kadang kala dengan ego, merasakan diri tidak melakukan silap
sebuah janji terlerai..hancur berderai.. lalu bersama angin lalu
membawa seribu kenangan..

ku telusuri perjalanan hidup..
memikirkan pelbagai onak dan ranjau di hadapan..
hati hasa mengatakan.. "xpa, ada penyelesaian.."
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

jujur...
aku dulu seorang yang ceria..kini bertukar pendiam..senyap seribu kata..
aku dulu aktif dimana-mana..semua program aku terjah..kini, hanya mampu memandang dari media
kehidupan semakin berubah..desakan dan seksaan jiwa melanda..
siapa tiada masalah? semua ada.. cuma cara penyelesaian berbeza..
hari bertukar hari..bulan bertukar bulan..dan kini,,,hampir setahun..aku menyepi..
ramai mempersoalkan..kenapa?
dan dia..
terus menerus dengan 'hobi' terbaru..
tiada kata mampu terungkap.
hanya mata mampu memandang..tapi lidah menahan perasaan..
biarlah..Allah Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi...
berubahlah..selagi ada masa...
sekian..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...