Sunday 17 November 2013

kesibukan itu.....

hati sebenarnya sayu...
dalam 'kesibukan'  itu, hati sentiasa memikirkan suatu ketenangan...
namun kesibukan itu menjadi suatu rutin harian kita ..
bila dah jadi rutin, bila ia tidak dibuat hidup rasa kosong..
lemah.. gusar, gelisah, dan pelbagai lagi perasaan yang tercipta..

ada manusia yang dirinya disibukkan dengan kerja kebaikan..
tolong orang, bersedekah, jadi anak yang baik, jadi pelajar yang baik..
namun ada juga manusia yang dirinya masih dibelenggu dengan kerja bukan kebaikan..
kemaksiatan menjadi pakaian..
pakaian orang beriman ialah taqwa.. 
namun.. disebabkan tiada taqwa..
ianya menjadi dosa..

ramai orang gemar berbicara tentang kebaikan..
di radio, televisyen. surau, majalah dan sebagainya..
namun, 
tidak ramai yang berbicara berkaitan dosa..
percaya atau tidak, diri sendiri yang menilainya..

dulu..
terjumpa seorang teman yang baik dan tulus pekertinya..
namun, Allah uji dengan setiap kata-kata yang diucap..
dia kalah.. akhirnya rebah..
"saya sedih,.. saya bukan seperti yang dulu"
apabila hati ini mendengar luahannya..
diri ini rasa,,aku nanti plak bagaimana..
tiada siapa antara kita yang tahu
adakah sehingga mati kita akan melakukan kebaikan..

justeru,..
jika sekrang engkau sedar dan berada dalam perkara kebaikan..
berdoalah semoga kebaikan itu berkekalan..
namun,.. jika engkau ternampak orang lain yang di uji dengan perkara bukan  kebaikan..
janganlah dikau cerca akan dirinya..
jangan engkau sisihkan dan merasa dirimu lebih baik daripadanya..
tiada siapa yang dapat menjamin kita akhirnya bagaimana..
bawalah dia semula.. sentuh hatinya..
pegang tangannya dan katakanlah..
"awak. saya akan bawa awak semula bersama-sama saya..
saya tidak tinggalkan awak sahabat.. kita 'buru' syurga bersama-sama.."

manusia... insan yang fitrahnya sentiasa ke arah kebaikan..
sejahat manapun manusia dia akan tetap kembali kepada fitrah..
jadi siapa kita untuk menyisihkan dia.. 
sahabat yang baik bukan hanya di kala senang tapi dikala susah..
yakinkah kita bahawa kita adalah sahabat yang baik 
seperti mana yang dibuat oleh 
saidina Abu Bakar dan Saidina Umar serta sahabat yang lain kepada Rasulullah saw..
jangan kita hanya mengatakan bahawa kita ikut sunnah Baginda, 
namun sahabat yang di uji,  kita sisihkan..

ada pepatah berkata.. buat baik berkali-kali, buat jahat jangan sekali..
 
manusia pelbagai ragam dan tingkah,
dan aku.. akan terus dan terus memerhati..
ragam manusia yang pelbagai dan sentiasa membuatkan
 diri ini juga memberi harapan agar diberi hidayah dan taufiq...
hidayah itu milik Allah..
hidayah itu kesedaran..
taufiq itu berubah..
keduanya perlu sentiasa bersama...

(sekadar coretan )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...