Thursday 30 May 2013

kita berhak membuat dan menilai pilihan

setiap manusia berhak untuk membuat pilihan..
pilihan ke arah kebaikan atau kemudaratan..
nak pilih masuk University dah 8 pilihan..
nak pilih apa nak makan malam ni..
nak pilih bila nak beli baju raya..
nak pilih kerja A atau B..
hari ni nak pakai tudung apa?

semua perkara memerlukan keputusan dari diri sendiri..
yang membezakan kita dengan orang lain ialah penilaian.
kita memilih atas dasar apa?
kita memilih menurut petunjuk siapa?

minggu ini beberapa sahabat terdekat meluahkan apa yang terbuku dihati..
memerlukan satu keputusan yang pasti..
mengharapkan kebaikan seperti yang di impi..
dan aku..
sebagai insan biasa,, setia terus mendengar luahan demi luahan..
namun.. yang pasti..
kita tidak boleh memikirkan sesuatu yang tidak pasti.. tapi..
minta pada Allah yang Maha Pasti.. Penentu segala perkara dalam dunia ini..
bila i'tikod dan akidah dah di refresh. insyaAllah akan wujud jalan keluar bagi masalah ini..

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 153 :
mafhumnya : "Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan dengan bersabar dan mengerjakan solat. kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang bersabar"

hanya dua perkara yang Allah beritahu dalam ayat-ayat cintaNya.
pertama bersabar dan kedua solat..

sabar bukan bererti menyerah tanpa usaha dan sabar juga bukan bererti perjuangan tanpa hasil. Sabar adalah taman kesejukan antara usaha yang maksima dan tawakkal sepenuhnya kepada Allah..Dengan sabar, akan timbulnya keyakinan yang kuat kepada janji Allah. Allah tidak mungkir janji. Dengan sabar juga lah..hati kita akan optimis..berfikiran terbuka.. bahawa Allah akan segera menerima niat dan keiginan tulus seorang hamba.
Apakah akan jadi sekiranya hati kita dipenuhi dengan mengharap sambil memaksa terhadap kehendak Allah.
Tenaga akan habis. dan niat suci kita akan hancur berkecai berterbangan dan wujudlah prasangka buruk terhadap Allah.. Astagfirullahalazim..

jadi sahabat ..
sebelum membuat keputusan.. fikirkan kebaikan dan kemudoratan..sebenarnya jawapan ada pada diri kita sendiri..
kita tahu apa yang islam gariskan.. apa yang syariat benarkan..apa yang adat manusia akan pandang..fikirkan.

teringat kata seorang sahabat..
istikoroh dan istisyaroh itu tidak rugi..
kenapa?sebab..apabila kita dan istikoroh ini ada banyak perkara yang tersembunyi..
di sini..akan lahir sebuah keyakinan yang tinggi kepada Allah..
di sini,akan menzahirkan sebuah ketenangan yang tidak mampu diberi oleh manusia hanya daripada Allah..
di sini..akan memupuk semangat dan usaha untuk mendapatkan keputusan yang terbaik di sisi Allah..
di sisni juga kita tidak akan menyesal dan merungut dengan apa yang berlaku sesudah itu..keyakinan itu akan merapuhkan seribu keraguan.. :)

sahabat.. lihatlah sesuatu itu daripada pelbagai sudut..
jika keputusan yang dibuat kerana nafsu..nanti engkau akan lesu..dan jemu
jika dibuat kerana ammarah engkau akan kecewa..dan malu..
jika keputusan dibuat kerana ilmu..nanti engkau akan tahu dan keputusan mu akan teguh

teruskan membuat pilihan..
kita memilih untuk membuat sesuatu perkara berlandaskan dua perkara,,
1)Al-quran
2)Sunnah..

jika engkau memilih kerana dua perkara ini kita tidak akan sesat selamanya,,insyaAllah..
rujuk Al-quran..semua perkara,,semua hal semua benda ada dalam Al-quran..dan hadis dan sunnah Nabi sebagai penerangnya..

p/s : saya dan kita ada buku manual yang sangat bernilai..Al-quran dan sunah..usah resah. usah gelisah..
        Allah kan ada.. jika engkau membacan keduanya.engkau akan menjumpai sesuatu.. teruskan ...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...