Tuesday 28 May 2013

unit baitul muslim(UBM)


FLOW UBM

1.Tanya status dan kesediaan min/mat
~ Rujuk borang
~ Tanya secara terus

2.Sekiranya:
~ Status: single
~ Kesediaan: Bersedia untuk bertaaruf
(Wakil UBM akan minta faktor penolak daripada min/mat yang ditanya.)

3.Sekiranya pihak yang bertanya tidak bermasalah (tidak menepati faktor-faktor penolak yang disebutkan oleh calon yang bertanya), proses pertukaran maklumat antara min dan mat akan dijalankan melalui:
~ Mesej
~ Perjumpaan dengan wakil UBM

4.Berdasarkan pertukaran maklumat yang diberikan, sekiranya tiada masalah:
~ Nama pihak yang bertanya akan diberitahu
~ Taaruf akan dijalankan selepas itu, bergantung kepada kesediaan kedua-dua belah pihak

# Ini hanya sekadar flow ringkas.

PROSES TAARUF

Muqaddimah
Syariah mengajarkan kepada kita bahawa apapun tindakan yang kita ambil dalam kehidupan tidak boleh disertai dengan keraguan, apalagi dalam masalah pernikahan. Ibadah yang disebut sebagai 'nishfuddin' oleh Nabi Saw ini sudah tentu setaraf dengan gelaran yang diberi. Sifatnya yang merangkumi separuh kehidupan bagi individu muslim tentulah harus disertai dengan keredhaan menerima pasangan, kemantapan hati untuk bersama, dan perasaan berlapang dada di antara pasangan.

Meskipun agama tidak membenarkan 'couple' sebagai muqaddimah kepada perkahwinan, namun ia sama sekali tidak melarang untuk mengenal pasangan, sebagai satu wasilah
untuk memantapkan hati.

Kefahaman Terhadap Proses Taaruf
>Taaruf bukanlah semestinya berkahwin. Ia adalah salah satu proses untuk memilih pasangan.
>Taaruf menjelang perkahwinan sangat penting kerana kita tidak diajar membeli 'petai' di pasar. Kita harus yakin bahawa 'si dia' yang kita terima sebagai calon teman hidup
sepanjang hayat adalah seseorang yang kita kenal dari beberapa sisi-sisi prinsip yang dibenarkan.
>Taaruf adalah jambatan yang mendekatkan jarak penglihatan (penilaian) di antara dua belah pihak. Sisi mana yang sesuai dan tidak di antara kita dan dia.
Sabda Nabi saw:
"Apabila seseorang dari kamu meminang seorang wanita maka tidak ada dosa atasnya untuk melihatnya, jika melihatnya itu untuk meminang, meskipun wanita itu tidak mengetahuinya."
(HR Ahmad)
>Taaruf juga menyempitkan peluang penyesalan setelah bernikah.
>Semua itu diharapkan agar penerimaan kita terhadap pasangan bukanlah dengan andaian semata-mata. Perlu diingat syariat tidak tertegak di atas dasar andaian. Nas syariat adalah nas yang pasti, tidak didasari pada selera atau pilihan seseorang.
>Taaruf bukanlah medan untuk mengetahui semua benda.
>Kegagalan dalam taaruf tidaklah bererti kegagalan kita dalam kehidupan atau menandakan kita tidak laku, sebaliknya itu adalah tapisan dari Allah untuk kita. Berprasangka baiklah pada Allah. Cuba bayangkan apa akan jadi sekiranya ketidaksuaian itu dikesan selepas berkahwin. Firman Allah:
...boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak.[al-Baqarah:216]

Bagaimana Taaruf Dilaksanakan
Untuk taaruf, akan ada sekurang-kurangnya seorang penasihat yang mengendalikan,. P.I.C akan terangkan berkenaan dengan UBM sebagai muqaddimah.

Kaedah perlaksanaan taaruf yang biasa dijalankan:

1. Pengenalan diri: Biodata ringkas, adik-beradik, ibu-bapa, akademik, taklifan semasa.

2. Soal-jawab di antara dua belah pihak.                                                                          
Jenis soalan yang kebiasaannya ditanya:
(1) Ciri-ciri muslimin/mat pilihan
(2) Pesanan mak dan ayah
(3) Perancangan ke arah perkahwinan; sebelum, semasa, selepas
(4) Harapan

3.Penetapan tarikh untuk memberi keputusan. Keputusan sama ada setuju untuk ikat ataupun tidak. Penetapan tarikh ini perlu dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Kebiasaannya dicadangkan sebulan daripada tarikh taaruf.

Realiti yang berlaku

#Ramai yang suka bercakap tentang perkahwinan, tetapi sangat sedikit yang berani tampil untuk mengaplikasikannya.
#Muslimin memandang perkahwinan itu sebagai suatu yang sangat jauh...
"I'Allah lepas habis belajar ana fikir"
#Muslimat menyalahkan muslimin dalam banyak perkara berkaitan dengan Baitul Muslim.
“Min pilih orang luar, min tak approach mat, min lagi suka muslimat semenanjung”
#Muslimat berada dalam dilema apabila ada orang luar yang approach. Kalau tolak, takut lepas ni takda orang dah. Nak harapkan muslimin, hanya Allah dan Rasul yang tahu bila mereka bersedia.
#Muslimin kata muslimat ni tak boleh bersabar. Asyik nak cepat je... Tunggulah third year, fourth year dulu ke...
#Muslimat kata muslimin ni tak faham muslimat. Muslimat bukan nak tergesa-gesa, tapi nak kata putus daripada muslimin.
#Tambahan: trend muslimin hari ni adalah menunggu muslimat approach
Konklusi

#Proses taaruf yang kami syorkan adalah satu proses untuk memperkenalkan antara dua belah pihak. Manakala proses taqdim adalah untuk mengikat dan bukanlah terus berkahwin.
#Muslimin perlu memahami realiti muslimat dan begitu juga sebaliknya.
#Tradisi perlu mengikut syariat, bukan sebaliknya. Tiada istilah perigi cari timba. Saidatina Khadijah melalui perantaraan kawannya Nafisah binti Munabbih menawarkan dirinya kepada Rasulullah.
#Kita dah banyak berbincang soal ini. Sudah sampai masanya masing-masing mengambil serius hal ini. Urusan Baitul Muslim ini hanya dapat dijalankan dengan lancar dan mudah
ketika mana kita masih di kampus. Sebaik sahaja keluar, ia tidak semudah seperti yang sebelumnya.
#Kita asyik sebut tentang ukhuwwah, muslimin dan muslimat saling melengkapi, realitinya, bila tamat belajar satu batch, masih ramai muslimat yang tercari-cari muslimin untuk dijadikan pasangan hidup. Tapi masa itu umur dah sedikit lanjut.
#Mungkin lepas ni akan ada pelbagai kesimpulan yang dibuat. Tetapi yang pastinya, kesimpulan yang tetap sama adalah 'UBM yang bersalah...'

Tips dalam melaksanakan kebaikan

1.Jadilah orang yang memulakan kebaikan. Seandainya diikuti, kita juga akan dapat ganjaran daripada perbuatan orang yang mengikuti.
2.Jangan biasakan diri bersandarkan orang lain untuk buat kebaikan. 'Hang la buat dulu, pastu baru aku ikut...' Bukankah kita diajar untuk berebut-berebut memenuhkan saf hadapan ketika solat?
3.Ada dua jenis manusia yang susah nak memahami perkara kebaikan: Sombong dan malu tak bertempat.

YA ALLAH.. mudahkanlah urusan kami berdua.. mudahkanlah urusan kami.. lindungi kamu dari maksiat dan kejahatan... aminnnn...(hasa&_ _ _ _ _)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...