Thursday 30 May 2013

serabut? jom kaji surat cinta Allah dalam surah Taha...

ketika hati dan perasaan berkecamuk.. bercampur baur.. examm! banyak lagi x study.. dahlah tengah mamnu'  so memang x tenang..tiba2 atas rasa cinta dan kasih sayang Allah.. walaupun diri ini telah lama bercuti.. Allah ilhamkan dan aungerahkan satu ketenangan yang sangat menenangkan.. tadi buka satu laman web.. buka ja dengar ayat Al-quran surah taha,, Allah hati hamba ingin menangis..sangat2 tenang... siapa2 yang tengah serabut dengan pekerjaan harian. buka mp3, atau hp. atau laptop atau pasang kaset.. dengar ayat Al-quran.. perasaan dan rasa tenang ini tidak mampu untuk diterjemahkan dalam bentuk ungkapan.. kena cuba dulu..diri sendiri kena cuba.. insyaAllah insan yang Allah pilih akan tenang.. syukran ya Allah..

sekarang tengah berkumandang surah taha.. antara gambaran dan isi kandungan surah Taha ialah..
surah ini menggambarkan ada satu naungan yang khas. naungan yang Maha Tinggi yang menundukkan hati, menjinakkan hati sehingga menjadi khusyuk, memberikan ketenangan kepada jiwa-jiwa dan menjadi pedoman , semua makhluk akan menghala kepada Allah..

Naungan tersebut ialah naungan ar-Rahman seperti dalam peristiwa yang berlaku kepada Nabi Musa as di perlembahan al-wadi alMuqaddisi. Dalam munajat baginda yang panjang berseorangan diri dalam kegelapan malam, naungan itulah yang memayungi dan menjaga manusia serta mengawasi mereka.

Ayat kedua dalam surah Taha ini seolah-olah sedang memujuk-mujuk hati Nabi SAW. Usahlah rasa gentar dan susah. Usahlah rasa terbeban. Al-quran yang dibaca kerana memang sifat Al-quran amat mudah. 

-tidak ada satu taklifan yang diwajibkan ataupun perbuatan yang dihalang dari melakukan melanggari batas-batas kemampuan manusia. semua manusia mampu melakukannya.
-tiada satu pun yang ditaklifkan kecuali semuanya berada dalam lingkungan kemampuan manusia.
-tiada satu pun yang diwajibkan melainkan sesuatu yang mampu dikerjakan.

Al-quran ini menjadi peringatan kepada mereka yang takut-gerun. mereka ini apabila diberikan peringatan akan kembali tersedar. bertambah kegerunan Rabnya dan terus menerus dalam keadaan bertaubat. Jadi jelas, ayat ini menunjukkan bahawa tugas Nabi dan Rasul ataupun Daie ialah menyampaikan. Bukan tugas mereka untuk membuka hati-hati manusia tetapi itu adalah urusan Allah dan kepada-Nya diserahkan urusan tersebut.

p/s pesanan kakak ana, salah satu cara untuk cari ketenangan ialah pandang kalimah Allah.. pandang sedalam yang mungkin.. insyaAllah dapat ketenangan.. selamat mencuba..dan amalkan serta sebarkan.. :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...