Thursday 13 June 2013

berfatwa dengan hati.. sebelum hari terus berlalu, cek 'our heart'

sahabat.. hati ini gemar berbicara..kerana hati ini sentiasa bergetar mengharapkan pahala daripadaNya..
pernah dengar berfatwa dengan hati?
mesti pernah bukan.. ya... kadangkala keputusan yang kita ambil kita boleh tanya orang lain atau kita kena tanya hati kita sendiri... contoh..

ya Allah, betulkah apa yang aku buat ni?
ya Allah, apakah mudarat akan timbul setelah aku laksanakan ini..
ya Allah, apakah yang aku lakukan ini Engkau tidak murkai..?

emm. kalau aku pilih A, pasti memberi kebaikan kepadaku.. 
tapi kalau aku pilih B,..ok ku jgak..cuma A macam ok skit..
berfatwa lah dengan hati sahabat.. tidak semua perkara kita perlu tanya pada orang.. jawapan ada pada diri kita sendiri.. cumaa.. ada syarat.. hati itu kena berpaksikan keyakinan kepada Allah.. jangan ragu walau sekelumit.. ragu2 itu sebenarnya daripada syaitan.. hati.. hati ni sebenarnya sesuatu yang unik.. kerana apa? 
kerana hati ni kerajaan diri.. dengan hati pelbagai transformasi yang boleh kita buat..
bagi hasa mudah.. trasformasi ke arah kebaikan.. 
kalau sebelum ini, kita seorang yang lewat solat, atau sebelum ini, kita jarang memberi sedekah, atau sebelum ini, kita selalu mengumpat dengan orang.. cuba berfatwa dengan hati... ketuk pintu hati.. tanya pada hati..  kenapa aku suka lewatkan solat? adakah sebab ada kerja atau aku yang lalai.. sedangkan aku tahu hukum melewatkan solat seperti yang Allah terangkan dalam surah Maryam ayat 59-60 Allah berfirman : 

Maka datanglah sesudah mereka pengganti yang mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsunya, mereka kelak akan menemui kesesatan, kecuali orang yang bertaubat beriman dan mengerjakan kebajikan maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dizalimi (dirugikan) sedikit pun.

mensia-siakan di sini iaitu lalai.. melewatkan solat..neraka Wail bagi mereka yang lewatkan solat..
 cuba berfatwa pada hati..
tanya hati.. kalau tidak tahu..rujuk pada mereka yang berilmu.. jangan biarkan fikiranmu sarat dengan persoalan yang tidak pernah habis.. kerana terkumpul dari zaman kanak-kanak hingga tua.. :) 

tanya pada hati.. apakah yang aku lakukan selama ini, Allah tidak murkai.. ini adalah bentuk kesedaran..
seseorang itu tidak akan sedar tanpanya ada ilmu.. di sini perlu sessi muhasabah.. bila rasa ada sesuatu yang tidak kena rujuk pada yang Maha ESA.. YA Allah betulkah apa yang aku fikirkan selama ini? tunjukkan jalan agar aku dapat mengetahui apa yang sebenarnya benar dan hak mengikut syariatMU..

InsyaAllah, Allah akan hadirkan sebuah hadiah jawapan . cuma kena berdoa.. dan terus mencari..
apabila telah timbul kesedaran, pasti timbul keinginan untuk berubah.. ana pasti dalam dunia ni.. semua manusia inginkan kebaikan kerana ini memang fitrah manusia yang inginkan kebaikan.. 
banyak perkara sebenarnya sahabat..  

solatmu, puasamu, zakatmu, pergaulanmu, program-program yang dikau rencanakan.. keluargamu adikmu, kakakmu, ayahmu, ibumu.... cuba lihat mereka.. lihat dengan mata hati.. pasti kau akan jumpa sesuatu yang perlu di ubah dan diperbaiki.. pasti.. pasti ada..kita ini manusia.. 

sahabat..
nukilan ini bukanlah hebat seperti nukilan seorang sasterawan negara..
cuma ana lagi suka berbicara dengan 'hati' manusia..
ana tidak memandang paras wajah.. itu semua tipu belaka.. 
tapi ana hendak 'hati' nya jatuh kepada cinta Allah.. 
biar hati kita bersama berpaut kepada Allah..
dimana kita berada ingat pada Allah..
dan ingat pada Rasulullah..

sahabat, 
ingat pada Allah dan Rasulullah pada setiap masa sebenarnya memberikan kesan yang sangat2 besar dalam kehidupan manusia.
kerana...

"Dengan mengingati Allah, HATI akan jadi tenang.. " ( surah ar-Ra'd ayat 28)

mudah bukan.. ingat Allah, dah dapat ketenangan.. dan ingat Rasulullah.. 
insyaAllah pada entry yang akan datang, kalau umur panjang, kita sama2 berkenalan dengan lebih mendalam kekasih Allah..
Rasulullah saw.. tidak kenal maka tidak cinta.. 
semoga bermanfaat... amin..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...