Wednesday 5 June 2013

penjara dunia VS penjara akhirat (neraka)

Bismillahirrohamnirrohim..
alhamdulillah.. masih bernafas hari ini..
bangun pagi terdetik hati untuk buka fb. mungkin ada info terbaru yang perlu diketahui. lepas dah tengok apa-apa yang penting, ternampak satu bingkisan nota salah seorang pejuang sodalariti iaitu safwan anang, beliau menceritakan pengalaman ketika di dalam penjara. selama 3 hari 2 malam. bila baca, rasa meremang sikit..sebab cara penapisan di penjara itu seolah-olah kita bukan berada dalam negara yang aman. tapi xktawlah.. ana bukannya polis.. so itu mungkin memang prosedurnya. yalah. mungkin safwan anang tidak bersalah tapi kalau pesalah atau banduan yang memang betul2 melakukan kesalahan memang setimpal lah dengan apa yang mereka lakukan.

hati terdetik untuk membuka satu link berkaitan penjara pudu suatu ketika dahulu.

http://www.flickr.com/groups/pudu-prison/pool/with/4752229833/#photo_4715093658

dalam link ni tersimpan gambar penjara pudu. seram.. terbayang wajah banduan, wajah orang di tali gantung, di pintu penjara yang kukuh itu, banduan dengan pelbagai karenah. ada yang menangis, menjerit, melolong dan sebagainya. ada yang akan keluar..ada juga yang bertemu ajalnya di penjara..

penjara pudu atau penjara sungai buloh adalah penjara dunia. ada polis yang menjaga penjara, kemudian ada ramai banduan dengan pelbagai kesalahan yang dilakukan, namun semua menerima nasib yang sama. seksaan demi seksaan.
namun...hati ini terfikir..
bagaimana dengan penjara akhirat? neraka..
dalam neraka.. api neraka yang panas.. malaikat malik yang menjaga neraka tersangat garangnya.. kita sendiri tidak tahu.. tugasnya adalah Ketua Penjaga Neraka dan Ketua Malaikat Zabaniah dengan penampilan yang agak menakutkan dan mengerikan bagi penghuni neraka.  Mansur Bin Amar berkata," Telah sampai kepadaku riwayat malaikat Malik yang ditugaskan menjaga neraka itu mempunyai tangan yang banyak sekali seramai bilangan penghuni neraka. kalau malaikat Malik memandang ke neraka penghuninya akan memakan sesama mereka kerana takutnya mereka pada malaikat Malik.

Neraka yang dijaga malaikat Malaikat Malik bertingkat-tingkat. Neraka paling bawah al-Hawaiyah dicipta khas buat golongan munafiq dan kafir selepas diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s dan juga kerabat Firaun. Tingkat kedua Jahim, khas buat orang musyrikin. Tingkat ketiga Sagar khas buat orang Shobi'in (penyembah binatang). Tingkat keempat Ladha khas untuk iblis dan pengikutnya serta kaum Majusi (penyembah api). Tingkat kelima Khutamah khas untuk orang yahudi. Tingkat keenam Sa'ir khas untuk orang Nasrani. Tingkat ketujuh Jahannam khas untuk umat Nabi Muhammad yang berdosa besar dan tidak sempat bertaubat.

sahabat-sahabat..
coretan ilmiah ini ku tulis adalah kerana tanda sayang ku padamu dan untuk mengingatkan kepada diriku sendiri dan juga pada kalian semua. dua tempat yang berbeza. penjara dunia dan penjara akhirat iaitu neraka. namun penjara akhirat lagi jauh besar seksaannya berbanding penjara dunia. memang gerun dan seram apibila ternampak gambar penjara sg buloh. dah bertambah lagi kegerunan kita apabila membaca berkaitan neraka Jahannam. boleh rujuk Al-quran dan Hadis-hadis Nabi SAW.

semoga dengan sedikit pengetahuan ini dapat menjadi titik tolak kita di dunia untuk sentiasa mengupdate iman. sentiasa beringat dan berhati-hati dalam semua perkara. hidup kita berpandukan Al-quran dan Sunnah. ikutlah. kita tidak akan sesat. mudahan kita tergolong dalam golongan yang berada di bawah rahmat Allah SWT dan dijauhkan daripada seksaan api neraka, insyaAllah. amin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...