Wednesday 12 June 2013

kriteria Iblis adalah bersifat : "Aku lebih baik darinya..."

kepada semua pembaca..bacalah dengan tenang dan perlahan..ini adalah terjemahan dari ceramah Syeikh al-Habib Ali al-Jufri.. salah seorang keturunan dari keluarga Rasulullah SAW...ada beberapa stuktur ayat yang ana ubah dari penterjemah asal agar mudah difahami maksudnya di samping dapat aplikasikan subjek aplikasi terjemahan yang ana ambil semester ini..insyaAllah,,

kriteria Iblis adalah bersifat : "Aku lebih baik darinya..."
"kau telah mencipta aku dari api dan telah menciptanya dari tanah"(al-a'raf :12)
ini kriteria iblis iaitu "aku lebih baik darinya"
tapi kriteria Nabi Muhammad adalah bertambah ketakutan pada Allah, bertambah tawadhuk..
bertambah kasih sayang seperti mana yang telah kita dengar juga beramah sesama makhluk.
bila mana kesolehan manusia itu bertambah,
sama ada dengan cara belajar atau beribadah.
dengan belajar seperti membaca atau memahami masalah.
atau dengan beribadah seperti bersolat malam dan berpuasa..

bukti kejujuran amalannya itu bukan sahaja pada penampilannya tapi..
jelas pada akhlaknya serta pergaulannya..
dan bukti dia  tidak jujur pada amalannya adalah tidak kelihatan pada akhlaknya bahkan jelas yang sebaliknya..
setiap kali dia banyak melakukan ibadah. setiap kali itu jugalah banyak kepura-puraannya..
semoga Allah memberi petunjuk pada mereka ini..

setiap kali banyaknya dia berkomitmen dalam agama, setiap kali itulah bertambah kerut di wajahnya..
setiap kali banyaknya dia berkomitmen dalam agama, setiap kali itulah dia
 membataskan dirinya dari beberapa kelompok manusia...
setiap kali banyaknya dia berkomitmen dalam agama.
setiap kali itulah banyaknya dia menghina kelompok-kelompok masyarakat..
setiap kali banyaknya dia berkomitmen dalam agama,
setiap kali itulah dia bertambah kasar sesama keluarganya terdekat yang kurang mentaati agama..

dari mana datang semua benda ini?
bukanlah sebegini keadaan orang yang berkomitmen dalam agama,
sebabnya tiada pertalian di antara cara ibadah yang dia lakukan atau
 cara ahli ilmu dengan hakikat yang sebenarnya..
iaitu pertalian HATI dengan Allah subahanahu wataala..
jadi kita semua perlu pergaulan bersama orang-orang soleh,
agar hati dapat melihat kepada kejujuran hati ini..
agar dapat memuhasabah diri ini dengan penuh kejujuran.

wahai mereka yang telah Allah muliakan dengan selalu berulang alik ke masjid..
apakah hasil yang kamu dapati darinya?
bagaimana pandangan kamu apabila melihat kepada mereka yang diluar masjid?
 setelah selesai kelas ini, kamu akan keluar dari masjid
kamu akan dapati di jalanan pemuda-pemuda dengan kelakuan yang buruk..
yang ini dengan kelakuannya meninggikan suara menggangu orang disekelilingnya..
dan tak ambil peduli dengan suara-suara yang menegurnya..
bagaimana kamu akan melihatnya..?

adakah kamu akan melihatnya dengan pandangan belas kasihan serta kasih sayang?
tadi baru sahaja kamu dengari nasihat-nasihat ini..
"ya Allah seperti mana Engkau telah dengarkan nasihat kepadaku serta memberi petunjuk padaku..
dengarkanlah juga kepada mereka dan tunjukilah mereka."
apabila kamu lalu di hadapan mereka, senyumlah kepada mereka
dan ucapkan.. "Assalamualikum warahmatullahi wabarokatuh."
kamu teruskan perjalanan dengan tenang..terkesan di hati mereka mengikut apa yang kamu lakukan itu..

setelah mana kamu keluar dari kelas agama,
kamu terasa diri penuh dengan kesolehan..
kamu banyak mentela'ah kitab, bersolat jemaah..
kemudian kamu keluar dan dapati mereka-mereka ini..
"aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam."
aku berlindung dengan Allah. eh apa ini"?
kamu melihat dengan pandangan kehinaan..
cara begini bukannya cara berlindung daripada maksiat.
bukan dengan cara menjauhinya..bukan ini caranya..

berbeza di antara ilmu yang diajari oleh Nabi Muhammad S.A.W
dengan ilmu yang diajari oleh Iblis.
ada kisah menyebut...
ada seorang penuntut ilmu yang ragu sama ada ingin memasuki kelas ini atau yang ini..
dia melihat 2 kumpulan pengajian ilmu yang berbeza.
kelas ini kata kami belajar al-quran dan hadis..
dan yang satu lagi berkata.juga sama..alquran dan hadis..
dia memilih untuk pergi ke kelas yang ini atau yang itu..
kemudian dia pergi kepada seorang yang soleh untuk membuat pemilihan baginya.
orang soleh itu berkata : "aku akan membawa kamu pergi kedua-dua kelas ini"

mereka masuk ke kumpulan pertama dan berdiri..
orang soleh ini membuat sedemikian kerana untuk mengetahui kelas mana yang harus dia ikuti.
mereka berdua berdiri di kumpulan kelas yang pertama dan ketika syeikh sedang mengajar.
ketika mana syeikh itu melihat kedua mereka sedang berdiri, syeikh berkata : "duduk!kenapa kamu berdiri?"
dia berkata : "aku tak nak duduk kat kelas kamu ini."
syeikh berkata : "kenapa kamu tidak mahu duduk?"
dia berkata : "dalam hati aku ada perkara yang tidak puas hati dengan kamu.."
syeikh berkata : "dan aku juga sangat-sangat tak puas hati dengan kamu.., keluar syaitan, jangan kamu merosakkan kelas ini!"
pemuda itu berkata :"jom kita keluar sebelum kena pukul.."

kemudian mereka pergi ke kumpulan kelas yang kedua. juga dalam keadaan berdiri. ketika dalam kelas itu syeikh terpandang mereka yang berdiri dan berkata : "mengapa kamu berdua tidak duduk?"

 nampak perbezaan dengan yang tadi "duduk" dengan "mengapa kamu berdua tidak duduk?"

pemuda itu berkata : "aku tak nak duduk dalam kelas ini" syeikh itu berkata.."kenapa?"
pemuda itu berkata.."aku ada perkara yang tidak puas hati dengan kamu.."
lantas syeikh itu menutup wajahnya lalu menangis dan berkata :

"sesungguhnya bagi Allah sahaja kami kembali, aku memohon pengampunan Allah dan bertaubat kepada-Nya, mungkin Allah telah membukakan kepada kamu keaiban aku yang telah disembunyikan..aku memohon pengampunan Allah dan bertaubat kepada-Nya.."   dan syeikh itu terus menangis..
dan orang soleh yang berdiri itu menoleh kepada pemuda yang bertanya padanya tadi..
"ha, kelas mana yang kamu nak duduk?" "di sini atau sana?"
kriteria orang yang soleh itu tergambar pada akhlak yang soleh..

jika kamu merasai perlu membuat pemilihan,
 orang ini kata mereka dalam kebenaran
dan orang yang ini pula kata mereka dalam kebenaran..
caranya..lihatlah pada akhlak mereka..
Adanya akhlak yang mulia, tandanya di disitu adanya agama..
Adanya adanya akhlak yang mulia, tandanya adanya juga di situ ilmu..
sekiranya di situ tiada akhlak yang mulia,  di situ tiada agama dan ilmu..
tidak mungkin dengan agama itu tanpa ada akhlak yang mulia..
tidak mungkin dengan bersifat kesolehan itu, dengan tiada akhlak yang mulia..
tidak mungkin terjadinya ilmu itu, tanpa akhlak yang mulia..
maka setiap yang berilmu dan yang beragama, jika tidak terzahir pada akhlaknya yang mulia..
maka disitu ada kecacatan pada orang yang berilmu dan yang bergama..

inilah kriterianya,,jangan kita terfikir memandang kepada orang lain, pandang kepada diri kita.
untuk memperbaiki diri di antara kita dengan Allah subhanahu wataala..
jadi, berlakunya kecacatan pada orang yang berilmu dan beragama..
mungkin kerana terpisah darinya kefahaman makna kesolehan tentang akhlak pergaulan..
ataupun dengan sebab apa?dengan sebab terpisahnya dia dari kelompok masyarakat yang memuliakan orang yang beragama dan yang lainnya..dan yang terakhir yang kita bincang sebentar tadi apa dia?
iaitu melihat kesan-kesan kesolehan pada diri kamu..iaitu melihat terhadap hasil kesolehan yang lahir dalam diri kamu dan bagaimana kamu maju terhadapnya..
maka bagi sesiapa yang bertambah hebat dalam kesolehannya,
 tanda dia telah mendapat hakikat kesolehan serta hakikat kemajuan..
jadi untuk itu ada hadis menyebut ..

"seseorang yang telah masuk kepada Rasulullah s.a.w dan ketika itu baginda bersama sahabat..dan orang itu dikalangan manusia seorang yang hebat terkemuka, serta orang ini melihat dirinya lebih baik dari orang lain..sahabat menoleh dan memandang kepadanya, lantas Rasulullah bersabda :"apa pandangan kamu terhadap orang ini?" sahabat menjawab :"orang ini layak dikatakan, apabila dia merisik pasti dikahwininya, apabila dia meminta tidak ada yang tolak.." Rasulullah diam sahaja..orang itu masuk dengan megah lalu duduk.

Setelah beberapa ketika masuk pula seorang yang miskin yang beriman lagi bertaqwa serta jujur kepada Allah..Rasulullah berkata :"lelaki yang ini apa pula pandangan kamu tentang kepadanya?" mereka menjawab :"lelaki ini layak dikatakan, apabila dia merisik orang tidak akan  menikahinya sebab dia tiada apa-apa.., apabila dia meminta tiada orang akan memberinya.." Rasulullah bersabda : "orang ini lebih baik dari mereka yang memiliki dunia serta seisinya seperti orang yang pertama tadi itu.

Inilah ukuran dipandangan tuhan kamu "orang ini lebih baik daripada mereka yang memiliki dunia seperti orang itu tadi.."

Kemudian masuk pula lelaki lain, maka Rasulullah bersabda setelah baginda terdengar para sahabat memuji orang ini bermacam-macam..bersolat malam, puasa di pagi hari, menjaga benda ini, bekerja macam ini.. Rasulullah bersabda : "sesungguhnya aku nampak pada wajahnya ada bintik-bintik hitam syaitan.." ketika mana masuk lelaki itu, Rasulullah menegurnya : "wahai lelaki..adakah kau berbicara dengan diri kau ketika kau masuk ke dalam masjid bahawasanya kau lebih bagus dari orang lain di dalam masjid ini?" lelaki itu berkata.."ya.." Rasulullah bersabda : sesungguhnya aku telah nampak pada wajahnya ada bintik-bintik hitam dari wajah syaitan.."

Ini lah kriteria,perhatikan dalam diri kamu..jangan kamu menilai diri kamu ada sesuatu yang lebih baik dari orang lain..agama kita adalah agama yang beradab dengan Allah Taala yang menghasilkan akhlak yang mulia terhadap makhluk-Nya..jadi untuk itu, kita muhasabah diri kita terhadap kesolehan yang kita perolehi ini..sebabnya jika kita memuhasabah terhadap kesolehan diri ini, kita rasa memerlukan kepada akhlak yang mulia..kita memohon dari Allah mendapat kesempurnaan taufiq..

"ya Allah yang Maha Memberi Petunjuk kepada kebaikan dan membantu hamba-Nya ke arah kebaikan..
berilah petunjuk kebaikan kepada kami dan bantu kami ke arahnya.

                             سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر

berilah petunjuk kepada kamu terhadap nasihat ini untuk sentiasa kembali kepada-Mu, turunkanlah kepada kami pemberian-Mu, dan berkatilah kami dalam musim ibadah haji ini, dan lindungilah para haji, umrah dan mereka yang menziarahi Rasulullah S.A.W, dan berkatilah kami dalam musim ibadah haji ini, dan lindungilah para haji, umrah dan mereka yang menziarahi Rasulullah S.A.W, lindungi segala keadaan mereka dan terimalah mereka serta muliakanlah mereka..dan muliakanlah kami atas keberkatan mereka wahai Tuhan sekelian alam..dan sesiapa yang tidak tertulis untuk menziarahi-Mu pada Tahun ini, kami memohon agar Engkau menyediakan bahagian bagi mereka sebab kesungguhan mereka pada hari ini..serta muliakanlah mereka dengan mendapat solat subuh berjemaah dan duduk 'i'tikof sehingga naiknya matahari lalu solat 2 rakaat selepas berzikir kepada-Mu sehingga tertulis untuk mereka pahala haji dan Umrah. dan lindungilah ahli kalimah لا اله إلا الله di timur dan barat.  ya Allah bukanlah kemenangan kepada saudara kami di Palestin, Iraq, Somalia, Lubnan dan Sudan.dan hilangkanlah kegelisahan ahli لا اله إلا الله di timur dan barat

P/S sesiapa yang ingin melihat video sebenar sila ke pautan ini
       http://www.youtube.com/watch?v=0j4iqSqMono semoga bermanfaat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...