Thursday 6 June 2013

pesanan Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

wahai anakku, sebelum menegur , tanyalah diri apakah niat menegur engkau.
 jika niatnya adalah untuk menjaga ego sendiri. batalkan niat menegur tersebut.
jika niatmu adalah untuk menghukum pihak yang tidak bersetuju dengan kamu, batalkan niat menegur itu,
jika niatmu untuk memalukan orang, lagilah perlu dibatalkan niat kamu,
jika niatmu adalah untuk menunjukkan sendiri lebih pandai, batalkan niatmu.
jikalau niatmu untuk merendahkan pihak lawan, batalkan juga niatmu.
jikalau engkau tidak pasti akan kebenaran dalam teguran yang engkau niatkan itu,
tangguhkanlah dulu teguran itu.

wahai anakku,
bukan tidak boleh membuat teguran, tapi tegurlah dengan bersifat membina.
buatlah teguran yang bersifat mendidik dan menginsafkan.
buatlah teguran yang memberi harapan.
buatlah teguran yang selepas mendapat kebenaran dan perspektif yang betul.
sesungguhnya buatlah teguran demi tanggungjawabmu kepada Allah
dan bukannya kerana manusia dan maruahmu

wahai anakku,
semasa membuat teguran, ingatlah manusia ini tidaklah sempurna walaupun ciptaan Allah itu sempurna.
ingatlah manusia depanmu itu juga pernah berbuat baik dan berkata-kata yang baik.
buatlah teguran tanpa buruk sangka pada manusia di hadapanmu.
tunjukkan belas kasihanmu
tunjukkan sifat penyayangmu
tutupilah egomu.
dan jagalah kata dan ayatmu

wahai anakku,
jangan pula engkau ingat hanya kau yang layak menegur
dan orang yang ditegur itu mesti akur dan terima teguran mu,
jangan engkau ingat mereka akan membisu menerima segala teguran kamu tanpa dijawab,
jangan engkau ingat, engkau sahaja yang betul dalam teguran mu,
bersedialah berlawan dengan hujah.
jika engkau kasar dalam bahasa teguran mu,
bersediakah menerima balik kekasaran yang serupa atau yang lebih buruk?

wahai anakku, menegur itu mudah. menerima teguran itu payah.
engkau memahami perkara itu di dalam jiwa tapi akibat bisikan syaitan dan egomu kamu sering terlupa yang menerima teguran itu juga seorang manusia ciptaan Allah.
bisikan syaitan menyebabkanmu merasakan diri lebih tinggi ketika menegur.
dan, bersabarlah ketika ditegur kerana engkau akan saling memainkan watak ini dalam hidup kami.
pentingkan membimbing dan memberi harapan daripada mencari salah dan menghukum dalam teguranmu.
dan pentingkan kebenaran dan nilai bersyukur ketika ditegur kerana ada yang sanggup memberi padangan membaiki diri.

senyum :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...