Monday 10 June 2013

selama-lamanya kelembutan takkan kalah dengan kekerasan

"arghh, aku tensyen la dengan minah ni, geram. xpuas hati.."
aku tanya.."kenapa?"
ye la..ada ke patut dia langgar, pastu x minta maaf lak 2.. aishh.geram la..
sabarlah.. kawal marah tu.. balasku..
biarlah.. aku rasa nak hempuk je kpala dia..
aku terkejut..marah benar nampaknya..
aku pandang wajahnya dengan penuh pengertian, kemarahan sedang memucak..menantikan gunung berapi hidup untuk memuntahkan laharnya...

setiap manusia mempunyai perwatakan yang berbeza.. dan modal budaya yang diperoleh ketika dari kecil atau ketika daripada rumah lagi sebenarnya banyak mempengaruhi cara kita berfikir, cara kita bertindak, cara kita membuat sesuatu keputusan. cara mengawal kemarahan..

ada insan yang terbiasa dimanjakan oleh keluarga, semua yang di inginkan akan diberi..
ada juga insan yang terbiasa hidup susah, hatta untuk makan daging mungkin setahun sekali,
ada juga insan yang hidupnya sederhana.. walaupun ada kemewahan namun, kemewahan tidak menghalangnya untuk berperwatakan muslim yang sederhana..
namun, ada juga insan yang miskin namun bongkak dan sengaja mengada-adakan kekayaannya...

ini realiti manusia..pelbagai ragam dan perangai.dan Allah menciptakan manusia itu memang berbeza dan pelbagai bangsa dan warna kulit.

namun, satu yang menjadi dasar sebuah perbezaan ini iaitu taqwa.
apa itu taqwa? ada sebuah hadis yang menyebut.. taqwa itu seperti seekor semut hitam yang berjalan di malam yang gelap di atas sebuah batu hitam..maksudnya taqwa ni tak nampak..
ada kisah yang mendefinisikan taqwa seperti berjalan di tengah jalan yang penuh berduri. kena berhati-hati..kalau tidak nanti akan terkena bisa duri tersebut.

berbalik kepada kisah sahabat ana tadi.. ana biarkan dia berfikir dan tenangkan fikiran..dalam hati ini hanya mampu berdoa semoga satu hari nanti dia diberi hidayah, dilembutkan hati untuk berubah.. agar jangan terlalu emosi dan kerap memarahi orang lain.. serahkan semua pada Allah..

diri ini cuba berbicara dengan diri sendiri.. kalau aku di tempat dia, apa yang akan aku fikirkan? apa yang akan aku lakukan?

teringat kisah seorang sahabat Nabi, ketika satu peperangan.. seorang lelaki musyrik telah meludah muka Saidina Ali R.A. Saidina Ali berasa marah. kemudian, ditakdirkan oleh Allah swt, Saidina Ali berpeluang untuk memenggal kepala lelaki tersebut. Saidina Ali pun segera mengangkat pedangnya dan menghalakan ke  kepala lelaki tersebut. tiba-tiba tangannya terhenti dan segera membatalkan niatnya untuk membunuh lelaki itu. lelaki tersebut berasa pelik. dan bertanya kepada Saidina Ali kenapa tidak membunuhnya. saidina Ali menjawab.."Aku tidak akan membunuh dalam peperangan melainkan hanya kerana Allah, apabila kau meludah ke arahku, aku berasa marah dan aku tidak dapat membunuhmu kerana perasaan marahku.

disebabkan sikap Saidina Ali yang dapat mengawal kemarahannya itu, sinar hidayah menerpa ke dalam jiwa lelaki itu tadi dan segera mengucapkan dua kalimah syahadah..subhanallah. begitulah islam mengajar umatnya agar bersabar dan mengawal kemarahan...

apabila hati di di usik oleh pengggoda syaitan yang direjam. cepat-cepat istighfar.. mohon perlindungan daripada Allah agar dijauhkan daripada bisikan syaitan yang sentiasa membisikkan kejahatan  ke dalam dada manusia. ada hikmah di setiap apa yang berlaku. semua berlaku atas izin Allah,.  kawan yang terlanggar sahabat ana tadi juga berlaku dengan izin Allah. mohonlah kepada Allah agar ditunjukkan hikmah atas apa yang berlaku. jangan mencemuh nanti kau akan lesu.. ini juga sebagai adab kita dengan Allah.. redha dan terus bersabar.. dan... pertahankan kesabaran.. itu yang terbaik..

so, sabar.. kakak zainab pesan (kak along) pesan.. biar kita rugi di dunia, jangan rugi di akhirat..  :)

senyum.. awet muda.. lau asyik muka marah memang cepat tua.. umur 20 lebih dah mcm 40 lebih !


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...