Wednesday 12 June 2013

fitrah atau terbiasa? pesanan buat blogger

"alamak cantiknya tudung orang tue..dia beli kat mana ekk?''
"wah..ko tengok tu, kete dia pink..kelakar kan.."
"suka hati aku lah nak wat apepun... janji bahagia..haha"
"subhanallah, istigfar2 tundukkan pandangan.. jaga perlakuan.."
"hello, ko katne? cepatlah! aku dah lambat ni..hshh"

senyum.. ini ragam manusia... masing-masing ada kelebihan dan kekurangan..
kadang-kadang terlalu memandang kelebihan orang lain pun x boleh jugak..sebab apa?
sebab sikap manusia ni kena raikan fitrah dia.. fitrah 'dia' memang suka berpakaian jenama mahal sebab dia memang kaya, ataupun dia seorang yang kemas sebab keluarga dia dah didik macam tue....ataupun dia seorang yang suka menyendiri mungkin ada kisah silamnya yang tersendiri.. itu memang dia.. kita tidak boleh paksa orang ikut apa yang kita nak..
dan kadang-kadang kita tidak boleh terlalu memandang kelemahan orang..kerana kita pun sama2 lemah..tiada manusia yang sempurna..  setiap manusia ada buat silap... kena raikan..2 perkara ini.. kalau kita kurang salah satu daripadanya..muhasabah balik..

"awak, saya nak awak tukar baju awak ni..selekeh.."
teringat satu kisah ini yang ana baca
ada segelintir yang cakap..alah.. biar je lah,,dah memang dia mcam tue.. baju dan tudung x match, stokin x basuh.. tudung dalam dah pakai berhari2..dia selesa macam 2.. terkedu..
ada jugak yang akan cakap. pergi lah tukar.. rimaslah.. apalah...
kalau anda pula bagaimana?

apa yang ingin saya kongsikan di sini.. berkaitan dengan faham dalam perbezaan.. manusia berbeza.. rambut hitam..tapi hati ada yang putih, ada yang coklat..ada yang hijau... erk..ini fitrah.. namun, bagi pendapat saya mengenai kes ana sebut tadi.. itu bukan fitrah..itu terbiasa.. kita dilahirkan sejak dari kecil..sangat suci..sesuci kain putih.. kemudian..kita dibesarkan dalam keluarga yang..
ada insan yang dibiasakan untuk dengan kemewahan sejak kecil..
ada insan yang miskin..ada yang yang pembersih..ada yang dibiar berdikari sendiri..ada yang lansung tidak dipedulikan.. jadi.. bila mereka dewasa.. perkara sedari kecil akan terbawa.. ini terbiasa..
ana bagi contoh mudah..
bila kita letak ubat gigi di atas berus gigi..
ada orang akan 'picit' ubat gigi dari belakang, ada yang 'picit' dari depan..
sebab apa? mereka dari latar belakang yang berbeza..
tapi perkara ini menjadi kebiasaan kepada mereka..
namun... 'terbiasa' ini boleh di ubah... kembalilah pada fitrah.. kita ini asalnya suci dan bersih..
bila dewasa,, boleh berubah.. takkan tunggu berumah tangga baru start nak berubah...

emm...
contoh yang mudah,.. ini blog ana.. ana buat berdasarkan citarasa ana.. ada lagu.. ada bintang2.. dan ana bukannya menginginkan orang untuk sentiasa follow ana.. tidak.. apa yang ana tulis adalah atas kerelaan hati ana sendiri.. bukan orang lain.. jika ada insan yang tidak gemar..raikan citarasa ana..tidak perlu memaksa ana untuk membuat ini itu dan sebagainya...kalau dia seorang yang minat bola.kita raikan blognya dipenuhi dengan gambar  bola.. perlu difahami.. blog ini.. hak individu.. raikan mereka.. :)

p/s kepada mereka yang ada blog, suka membaca blog atau baru berkecimpung dalam dunia blog.. ana ada pesanan..
1. betulkan niat.. apa niat kita buat blog..kalau niat salah.. kesan sangat besar pada agama..
jangan rasa megah..jangan rasa hebat.. masing2 ada kelebihan dan kekurangan..
2. sentiasa berdoa dilindungi daripada bisikan2 yang membisikkan agar menulis sesuatu yang kurang elok.. contohnya..melempiaskan kemarahan kepada mereka dalam bentuk media.. ini salah.. .
3. kalau ada terdetik ingin menulis.. sebaiknya solat hajat dahulu.. seperti yang dilakukan oleh para Ulama. mereka solat hajat sebelum menulis.. Habiburrahaman el-Shirazy pun penulis yang hebat..dia akan solat sebelum menulis..
4. jangan mention nama/kump secara direct.. ini perkara yang boleh memalukan manusia.. jaga aib orang.. ingat..kalau kita jaga aib orang, Allah akan jaga aib kita..
5. Hilal Asyrad inbox pada ana.. nice blog.. cuma kalau boleh pilih warna yang mudah..susun atur gadget pun sama.. kena try tengok.. kalau kurang sesuai pada mata..boleh edit skit..
6. penulisan kita tanggungjawab kita.. semoga apa yang kita tulis.. bermanfaat dalam arena dakwah.. insyaAllah..selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...