Tuesday 4 June 2013

exam oh exam...

fuh... habis 3 paper.. hari ni paper al-Nahwu al-Arobi Al-wasit... subjek agak killer jgak tadi.. nmpak soalan, terus hilang semua yang aku baca semalam.. serius.. xktwlah.. soalan memg psiko.. tergamam, tak terkata.. masa diberi 3 jam.. setengah jam pertama mata dan pena masih terkial-kial memikirkan soalan.. masih x sedar tengah exam.. dah baca  doa semua agar dimudahkan untuk ingat.. tapi masih x ingat2..nak nangis pun ada. ada dalam kepala cuma isi2 nota yang dibuat semua hampir sama.. dan akhirnya.. dengan usaha memerah otak.. cuba jgak sedaya upaya..

keluar dari dewan.. muhasabah diri.. apa punca jadi x ingat.. even preparation xlah semantap 2 subjek sebelum ni..sbb ada sebab tertntu.. hilang fokus.. walakin (tetapi) ada banyak juga yang study malam tadi.. emm.. positif kan fikiran, x boleh putus asa.. cuba lagi akan datang,,pasti ada hikmah besar tersembunyi ni.. 
ya Allah.. hamba mohon petunjukMU.. pengetahuanMu mengatasi segala apa yang berlaku di atas muka bumi ni.. berfikir dan terus berfikir.. 

dan 'sakit' aku itu,. tiba-tiba time dewan exam.. Tuhan je yang tahu sakitnya time 2.. lagi sakit sebab menggunakan otak..  namun .. organ yang sakit menyebabkan aku tidak boleh berfikir... allah...

hasa.. jangan pernah mengeluh.. setiap yang berlaku semua atas perancangan Allah kan.. 
semua atas percaturan Allah.. kita ni manusia biasa.. yang lemah dan tidak berdaya pada hakikatnya..
namun., jika ada perkara yang tidak berlaku.. tidak boleh salahkan Allah..teringat kata-kata Ustaz Anas ketika pengajian kitab di Surau Taman Bernam.. "memang semua berlaku atas kuasa Allah yang menentukan segalanya..namun kita sebagai hamba.. tidak menyalahkan Allah.. sebagai adab kita.. ini lah adab kita dengan Allah....

betullah dalam surah Al-Baqarah ayat 216 Allah memberitahu dalam ayat cintaNya.. 
"tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. dan boleh kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.."

so.. saat terakhir yang masih tersisa ni.. teruskan perjuangan di medan ilmu ni.. biarpun kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok, lusa dan seterusnya.. teruskan juga.. kerana apa? kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita... teruskan berusaha di dunia ni.. dan meminta pada ILAHI..

sebut bab doa.. teringat satu nukilan... Allah boleh ja bagi kejayaan tu terus kepada kita.. x kisah..kekayaan, kejayaan. kesihatan.atau apa2 yang berupa nikmat dan kurniaan. tetapi Allah x bagi..kerana nak kita berusaha dulu..dan satu lagi yang penting.. Allah nak kita berdoa.. itu tanda kita sebagai hamba yang sentiasa mengharapkan pertolongan dan bantuan daripada Allah..Allah rindu nak dengar luahan kita kepadaNya.. malunya.. sekiranya.. Allah yang merindui kita tapi kita sebagai hamba, sombong.. taknak berdoa.. nauzubillah...

ya Allah.. hamba mohon rahmat dan kasih sayangMU yang tidak ternilai itu.. jadikan hamba di antara orang-orang yang berada di bawah lembayung keimanan dan cinta kepadaMU.. AMIN...

P/S sesiapa yang menuntut ilmu, Allah akan memudahkan jalannya ke syurga... :) amin.. 
         biarpun sedih.. kena senyum..kerana ahli syurga sentiasa senyum.. nak jadi ahli syurga.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...