Monday 10 June 2013

tadi, ku terjumpa satu surat cinta..ada ayat cinta..

cuti semester akan berakhir. dan bulan september nanti masuk ke tahun tiga..sem ke lima. sedar tidak sedar,aku sebenarnya dah lama berhijrah di tanah semenanjung ni.. tempat ni dah jadi macam tempat aku sendiri..
cuti sem kali ni aku membuat keputusan untuk tidak balik.. cuti sem ni aku berhijrah.. ada kerja yang perlu diselesaikan..bakal mengikuti 2 kursus.. harap2 aku terpilih untuk kursus yang satu lagi.. kerana ianya sangat bermakna buatku.. 

dalam kehidupan ni. kita sebagai manusia biasa selalu merancang apa yang akan di buat pada masa akan, apa yang ingin kita capai pada masa akan datang..macam time kecil-kecil dulu, mak tanya mw jadi apa? budak kecil biasa akan jawab..cikgu..ataupun doktor..xkkan jumpa lagi budak kecil kata "mak, nanti acik dah besar, acik akan jadi penterjemah, atau acik akan jadi peguambela.. nampak ayat level orang dewasa..
macam-macam yang dirancang,, ada yang merancang untuk bekerja dahulu sebelum belajar, ada yang ingin berwalimah ketika berumur 25 tahun.ada yang berhasrat untuk menghantarkan mak dan ayah ke Mekkah. pelbagai impian, pelbagai harapan, pelbagai keinginan..namun,, semua nya berada di bawah ketentuan Allah..
kita hanya manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan. ini hakikat dan kenyataan :)

tiba-tiba petang tadi, dapat satu panggilan telefon.. aku diminta untuk menghantar resume yang lengkap berserta sijil2 dan keputusan setiap sem.. tujuannya untuk mengikuti 'kursus' itu.. hati dan jiwa tersenyum dalam kejutan realiti.. namun tetap bersyukur.. inilah peluang ku.. jangan sia-siakan hasa!.

semangat! yahh..itu yang aku fikirkan.. perjalanan masih jauh,, aku tahu.. kursus ini adalah permulaan..
tanya kakak..kakak jawab, dia dah tanya juga dengan kak*** tentang 'kursus' 2.. alhamdulillah mereka berdua pun bersetuju dan menggalakkan..percaya atau tidak.. kena yakin,, Allah tahu apa yang hamba Nya fikirkan dan rencanakan,.dan Allah akan memberi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita kehendakkan.. ketentuan Allah menguasai kehendak manusia.. fikiran dan akal manusia terbatas..

dulu..lepas dari form 5, hati memang berangan-angan masuk ke sekolah asrama penuh.. siap janji lagi dengan seorang sahabat..
"seh, tahun depan kita masuk SBP sama2 ya.. sama ada smaplabu atau kisas.." tersenyum bila ingat..
akhirnya dia ke IPG, dan aku ke SMAPLABU..borang yang di isi ke KISAS, tapi dapat SMAPL..hikmah yang sangat besar aku dapat..anjakan paradigma dan berlaku beberapa perubahan besar dalam hidup ini..biarpun menderita, namun Allah tetap bersama hambaNya.Allah tetap xkkan tinggalkan hambaNya dengan persoalan hidup yang tiada jawapannya.. Allah akan hadirkan petunjuk walau dimana kita berada.

ada satu surah yang menjadi amalan ketika di Smaplabu dulu.. memang tidak dinafikan, sangat banyak perkara yang aku belajar di sana.. iaitu surah At-Talak ayat 2 dan 3..
                                                 بسم الله الحمن الحيم 
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang tidak disangka-sangka. Dan ingatlah, sesiapa yang bertawakkal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

inilah ayat yang menjadi pegangan.. kadangkala dalam tangan hanya ada RM 2, Allah.. tiba-tiba Allah datangkan rezeki..menukar RM 2 kepada RM 100... tapi dengan syarat.. kena yakin Allah ada dan sentiasa ada membantu hambaNya. kena yakin, doa, berusaha dan tawakkal.. insyaAllah.. pengharapan kita itu tidak akan sia-sia.. ayat ini boleh diamalkan dan difahami maksudnya.. 

bila ada masalah atau kesulitan yang kita alami, xktaw nak buat camna.. buntu, xktw nak selesaikan dimana.. minta la pertolongan dengan Allah dengan sabar dan solat..
seorang adik bertanya..'akak, saya bukan apa..tapi cara saya nak lepaskan kebuntuan ialah dengan post di wall fb saya..' aku tersenyum..dik, x salah..cuma kawal dan jangan sampai jadi fitnah dan laghah.. mungkin bila post luahan ada rasa, ada sahabat yang mungkin dapat memberikan nasihat atau cadangan.. namun, jika berlaku sebaliknya bagaimana? kan itu perkara yang sia-sia.. syaitan dah berjaya melalaikan manusia..nauzubillah..

minta dengan Allah.. dan kalau boleh rahsiakan ujian itu, tanda keikhlasan seorang insan ialah menyembunyikan ujian.. melainkan betul-betul ada keperluan..tapi kalau fb dah dijadikan seperti 'sejadah sembahyang', maka.. berubahlah.. mohon pada Allah.. Allah Tuhan kita sahabat.. Allah sentiasa dekat dengan kita.. Allah takkan pernah tinggalkan hambaNya melainkan hambaNya itu yang meninggalkan-Nya.. 
semoga Allah sentiasa bersama kita..

tirai malam semakin rendah. malam makin tua.. aku harus rehat.. esok ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan.. semoga, hari esok lebih baik dari hari ini... :) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...